
|
|
Bacelor Perakaunan (Kepujian)
|
Latar Belakang:
|
|
|
|
Bacelor Perakaunan (Kepujian) mula ditawarkan pada tahun 1985. Matlamat utama program Bacelor Perakaunan (Kepujian) adalah untuk melahirkan sumber manusia yang beretika, profesional dan kompeten dengan kemahiran dan berkebolehan dalam bidang perakaunan untuk memenuhi perkembangan dan keperluan semasa negara. Program ini mendapat pengiktirafan institusi tempatan iaitu Institut Akauntan Malaysia (MIA) melalui Jadual 1, Akta Perakaunan 1967 dan pengiktirafan antarabangsa iaitu the Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), The Malaysian Institute of Public Accountants (MICPA), Chartered Accountants Australia & New Zealand (CA-ANZ), dan Certified Public Accountant (CPA) (Australia).
Peluang Pekerjaan
|
|
Peluang pekerjaan bagi graduan perakaunan merangkumi pelbagai bidang:
- Bidang pengurusan dan profesional, sebagai akauntan bertauliah, juruaudit, penasihat percukaian, perunding pengurusan, setiausaha syarikat, penganalisis data dan sebagainya.
- Sektor perindustrian dan perdagangan dalam bidang kewangan perbadanan, perbankan dan institusi kewangan lain yang memerlukan kepakaran perakaunan dan kewangan. Misalnya sebagai pegawai bank, akauntan kewangan, akauntan pengurusan, dan Ketua Pegawai Kewangan.
- Sektor awam, iaitu di jabatan kerajaan dan badan berkanun sebagai akauntan, juruaudit dalaman dan sebagainya.
|
|
Sinopsis Kursus
|
|
|
|
|
|
Senarai Kursus Mengikut Komponen Kurikulum
|
|
KLIK SINI untuk maklumat lanjut
|
|
Latihan Industri
|
|
Latihan Industri merujuk kepada pengalaman kerja yang berkaitan dengan pembangunan professional sebelum tamat pengajian. Semua pelajar yang berdaftar bagi Latihan Industri dikehendaki menjalani Latihan Industri bagi tempoh seperti di bawah:
Tempoh: 6 Bulan (24 Minggu)
|
|
|
|
|
|
|
Kemaskini:: 21/01/2022 [syazmer]
PERKONGSIAN MEDIA