Doktor Falsafah (Ph.D.) | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM econ
» PROGRAM » PhD » Doktor Falsafah (Ph.D.)

Doktor Falsafah (Ph.D.)

 

DOKTOR FALSAFAH (PH.D.)


Latar belakang:

 

Program Doktor Falsafah (Ph.D.) bermatlamat untuk menghasilkan sarjana yang akan menerajui bidang penyelidikan masing-masing. Terdapat sebelas (11) bidang yang ditawarkan di SBE iaitu:

  1. Pengurusan
  2. Pemasaran
  3. Pengurusan Sumber Manusia
  4. Ekonomi Perniagaan
  5. Kewangan
  6. Kepemimpinan Korporat
  7. Perakaunan
  8. Hospitaliti
  9. Pelancongan
  10. Undang-undang Perniagaan
  11. Ekonomi

 

Calon yang mengikuti program ini harus mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang mereka atau bidang yang berkaitan. Graduan dari program ini boleh diambil bekerja dalam akademia, institusi penyelidikan atau agensi awam dan swasta.

Pemohon dikehendaki menyediakan proposal penyelidikan yang ingin dijalankan bagi memastikan bidang penyelidikan mereka bersesuaian dengan kepakaran ahli fakulti. Setiap pelajar akan diberikan penasihat akademik sekiranya pelajar tersebut berjaya diterima masuk, di mana penasihat akademik inilah yang akan membimbing pelajar sepanjang pengajian.


Struktur Kokurikulum

 
  • Program Ph.D. terdiri daripada kerja kursus, seminar, peperiksaan komprehensif (CE), tesis dan viva voce (peperiksaan tesis).
  • Calon dikehendaki melengkapkan 3 jam kredit kerja kursus yang terdiri daripada kursus wajib iaitu kaedah penyelidikan (3 jam kredit).
  • Calon dikehendaki mendaftar kursus seminar (1 kredit) yang ditawarkan setiap semester.
  • Calon mesti lulus CE sebelum memulakan penyelidikan.
  • Calon mesti hadir dan lulus viva voce (peperiksaan tesis).
  • Maklumat lanjut mengenai senarai kursus KLIK SINI
 

Syarat kemasukan

 

Ijazah Master secara penyelidikan dalam bidang berkaitan atau bidang yang diiktiraf oleh Senat UPM; dan tertakluk kepada penilaian dalaman oleh SBE;

Atau

Ijazah Master secara kerja kursus dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 3.750 atau yang setara, seperti yang diiktiraf oleh Senat UPM; dan tertakluk kepada penilaian dalaman oleh SBE;

Atau

Ijazah Master secara kerja kursus dalam bidang berkaitan dengan PNGK antara 3.500 hingga 3.749 atau yang setara, seperti yang diiktiraf oleh Senat UPM; dan tertakluk kepada:

 

  1. pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang yang berkaitan; dan
  2. penilaian dalaman oleh SBE;

 

Atau

Kelayakan lain yang setara dengan Ijazah Master yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK minimum 3.750 atau yang setara, seperti yang diiktiraf oleh Senat UPM; dan tertakluk kepada penilaian dalaman oleh SBE.

Calon yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan atau pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan hendaklah mengikuti kursus prasyarat yang bersesuaian seperti yang ditentukan oleh Sekolah;

Atau

Ijazah Sarjana Muda dengan syarat-syarat berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang atau bidang berkaitan dengan Kepujian Kelas Pertama atau yang setara;
  2. Lulus penilaian dalaman yang dijalankan oleh SBE; dan

Memenuhi apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh SBE.

     
Syarat Bahasa Inggeris
 

KEMASUKAN PENUH:

Bagi kemasukan penuh, pemohon antarabangsa hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya salah satu daripada kelayakan penguasaan Bahasa Inggeris berikut:

  1. IELTS (Academic) dengan sekurang-kurangnya Band 6.5; atau
  2. TOEFL Internet-based Test (iBT) dengan skor 79–94; atau
  3. Malaysian University English Test (MUET) dengan sekurang-kurangnya Band 4.0 (Skor 211–257); atau
  4. Pearson Test of English (PTE Academic) dengan skor 63; atau
  5. Cambridge English Placement Test (CIEP) pada Tahap 109; atau
  6. Cambridge Linguaskill dengan skor 176; atau
  7. Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) pada Tahap B2; atau
  8. Kelayakan lain yang diiktiraf setara.

 

Note:

  • Tempoh sah keputusan ujian Bahasa Inggeris hendaklah tidak melebihi dua (2) tahun.
  • Hanya Cambridge Linguaskill yang diambil di bawah Cambridge English for Life Assessment Centre (CALC) diterima.
  • IELTS Indicator, APTIS, dan TOEFL ITP tidak diterima bagi memenuhi syarat kecekapan Bahasa Inggeris.
  • School of Business and Economics (SBE) hanya menerima pemohon yang memenuhi syarat kemasukan penuh (full admission).
     
 Pengambilan  

Oktober   (Semester Pertama)

Mac         (Semester Kedua)

     
Kerjaya
 

Penyelidik, Pensyarah, Konsultan

     

Pengiktirafan Program

 

Akreditasi AACSB, EQUIS

     
Brosur:   Untuk melihat brosur program, KLIK SINI
     
     
Yuran dan bantuan kewangan  

 Bayaran asas yang dikenakan adalah;

Jenis Pelajar 

 

Semester 1 (Bayar semasa pendaftaran)

 

Semester 2 – 4

 

Semester 5 - 6

 

Semester 7 dan seterusnya

 

Kos Pengajian Max 4 Tahun 

 

Kos Pengajian Max 5 Tahun 

Tempatan 

  RM2,687.50   RM2,437.50   RM1,875.00   RM2,875.00   RM19,500.00   RM25,250.00

Antarabangsa 

  RM6,037.50   RM4,287.50    RM3,725.00     RM4,075.00   RM34,500.00    RM42,650.00

 

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK SINI

     

Penyelaras program: 

 
PhD (Ekonomi dan Ekonomi Perniagaan):    

PhD (Keusahawanan, Hospitaliti dan Pelancongan):

Nama: Dr. Anitha Rosland     Nama: Dr. Rosmah Mohamed
Pejabat: +603-9769 5375     Pejabat: +603-9769 5399
Emel: anitharosland@upm.edu.my     Emel: m_rosmah@upm.edu.my

PhD (Perakaunan dan Kewangan):     PhD (Pengajian Perniagaan):
Nama: Prof Madya Dr Ahmad Fahmi Sheikh Hassan     Nama: Prof Madya Dr Raja Nerina Raja Yusof
Pejabat: +603 - 9769 5253     Pejabat: +603-9769 5390
Emel: ahmadfahmi@upm.edu.my     Emel: nerina@upm.edu.my
  
   
   
   


         

Untuk MEMOHON, sila KLIK SINI

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah dan Antarabangsa)

  Sekolah Perniagaan dan Ekonomi
  Universiti Putra Malaysia
  +603- 9769 5311/5312/5313/5315/5319
  spe@upm.edu.my


 

Kemaskini:: 27/07/2026 [asyikeen]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5305
-
W, (12:07:08am-12:12:08am, 04 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]