UPM RAIH 200 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA DALAM 13 SUBJEK | UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
» NEWS » UPM RAIH 200 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA DALAM 13 SUBJEK

UPM RAIH 200 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA DALAM 13 SUBJEK

SERDANG –Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkukuhkan reputasi akademik dan penyelidikan apabila 13 subjeknya tersenarai dalam 200 terbaik Penarafan Universiti Dunia QS berasaskan subjek tahun 2015.

Secara keseluruhannya, sebanyak 18 daripada 21 subjek UPM mencapai kedudukan 350 terbaik dunia.

Penarafan itu melibatkan 36 subjek di bawah lima bidang utama iaitu Art & Humanities, Engineering & Technology, Life Sciences & Medicine, Natural Sciences dan Social Sciences & Management.

Daripada 13 subjek itu, satu subjek UPM tersenarai pada kedukan  top 100 universiti terbaik  dunia untuk bidang Agriculture & Forestry di mana bidang itu kekal 100 terbaik selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2013.

Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Ramlan mengucapkan tahniah kepada semua warga UPM yang terlibat dalam usaha pengantarabangsaan bagi program akademik, kepakaran, kebolehpasaran graduan dan promosi kesarjanaan ke arah penarafan tersebut.

”Usaha itu mestilah diintegrasikan secara strategik melalui pembangunan akademik, pelajar dan sumber dalam memastikan UPM  terus senarai dalam kedudukan terbaik bagi penarafan tersebut,” katanya.

Bidang yang mengekalkan kedudukan 150 terbaik dunia seperti tahun 2014 ialah   Engineering – Electrical, Engineering – Mechanical, Aeronautical & Manufacturing dan Engineering – Mechanical, Aeronautical & Manufacturing.

Bidang lain yang mengekalkan kedudukan 150 terbaik dunia ialah Computer Sciences & Information Systems.

Terdapat tujuh bidang di UPM yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2015 berbanding tahun sebelumnya iaitu English Language & Literature, Modern Language, Chemical Engineering, Medicine, Materials Sciences, Mathematics dan Accounting & Finance

Bidang English Language & Literature dan Materials Sciences tidak disenaraikan pada tahun 2013 dan 2014 tetapi berjaya menempatkan kedudukan antara 151-200 pada 2015.

Bidang Chemical Engineering meraih kedudukan 101-150 terbaik dunia pada 2015 berbanding kedudukan 151-200 pada 2013 dan 2014 sementara bidang Education pada kedudukan 151-200 terbaik dunia pada 2015 di mana pada tahun 2014 ia berada pada kedudukan 100 terbaik dunia.

Terdapat enam subjek baharu yang dinilai bagi tahun 2015, iaitu Art & Design, Architecture, Dentistry, Veterinary Sciences, Business & Management dan Development Studies.

Metodologi yang digunakan adalah berdasarkan kepada kajian academic reputation, employer reputation dan QS juga menggunakan data daripada Sciverse Scopus untuk citation per papers dan H Index.

 

 

Date of Input: | Updated: 15/03/2022 | syazmer

MEDIA SHARING

UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXEYFAs~