|
10 Julai 2018 - Seminar FEP 2018 ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha bagi mencapai kpi penerbitan fakulti bagi tahun 2018. Ini merupakan idea daripada YBhg. Prof. Dr. Azali Mohamed, dekan FEP melalui mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan JINM (JKPJF) pada awal tahun 2018. Selain itu seminar ini turut memberi peluang yang sangat baik kepada ahli akademik, penyelidik dan siswazah untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan penyelidikan mengenai isu berkaitan ekonomi dan perniagaan. Seminar yang bertemakan “Growth And Competitiveness In Emerging Economies” sangat relevan kepada senario ekonomi dunia pada masa kini yang semakin mencabar kesan daripada harga minyak yang jatuh, ketidakstabilan nilai mata wang yang turun dan naik serta ketidakstabilan politik. Ini penting bagi negara kita untuk bergerak lebih maju ke hadapan. Sebanyak 71 kertas kerja telah dibentangkan semasa Seminar FEP 2018 pada kali ini yang memberikan pelbagai pandangan dan isu-isu ekonomi dan perniagaan. Di akhir seminar, sebanyak 13 orang pembentang telah menerima anugerah “Best Paper” dan 15 artikel telah menerima anugerah “Best Paper Award” |
Capaian ke Photo Album FB |
Date of Input: 23/07/2018 | Updated: 15/03/2022 | syazmer
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
General Line: 03 9769 7777
Undergraduate: 03 9769 6954
Postgraduate: 03 9769 7609