Program Pembangunan Keusahawanan Halal | UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
» NEWS » Program Pembangunan Keusahawanan Halal

Program Pembangunan Keusahawanan Halal

Program Pembangunan Keusahawanan Halal Bagi Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kuala Selangor

Program selama 12 bulan bermula pada 30 Oktober 2019 iaitu Perasmian Program Pembangunan Keusahawanan Halal Bagi Perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kuala Selangor oleh YB Dr. Idris Ahmad, ADUN Ijok, Selangor di Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Kampung Bukit Badong, Ijok, Selangor. Program ini juga dilaksanakan dengan kerjasama QSR Brands dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengisian program melibatkan perkongsian ilmu oleh;

i. Puan Siti Rahayu Hussin (UPM) - Konsep Keusahawanan dan Ciri-ciri Usahawan Berjaya;
ii. Prof Madya Dr. Suhaimi Ab Rahman (UPM) - Keusahawanan dan Halal;
iii. Tn Hj Roslan Saludin (QSR Brands) - Peluang Keusahawanan Halal dan Pasaran Halal Terkini;
iv. Ust Norakmal Mohamad (JAIS) - Prosedur Permohonan Sijil Halal.

Manakala Forum Kesedaran dan Kepentingan Industri Halal akan diadakan pada sebelah malam di Masjid ArRahman, Kg Bukit Badong, Ijok.

Panel jemputan termasuk Prof Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed (UPM), Ustaz Ahmad Solihin Maryakon (JAIS) dan Tn Hj Roslan Saludin (Pengurus Besar, QSR Brands).

Program ini akan diteruskan lagi dengan tiga lokasi iaitu Program Pembangunan Keusahawanan Desa di Teluk Intan, Perak, Program Transformasi Usahawan Desa Tokai, Kedah dan Program Keusahawanan Desa dan Penyerahan Wang Zakat di Kuala Nerang, Kedah

Date of Input: 30/10/2019 | Updated: 15/03/2022 | syazmer

MEDIA SHARING

UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXDdPAD~