Pengarah Veterinar, Pakar Dua Bidang | UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
» NEWS » Pengarah Veterinar, Pakar Dua Bidang

Pengarah Veterinar, Pakar Dua Bidang

20220324141422blobid0.jpg

Pengarah Veterinar, Pakar Dua Bidang
 
Serdang, 24 Mac - Menaruh impian untuk menjadi pakar dan berkemahiran dalam kewangan membolehkan Pengarah di Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan Jerantut, Pahang ini berjaya menamatkan  pengajian dalam Bacelor Pentadbiran Perniagaan (Program Bacelor untuk Eksekutif) di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi.

Nor Shazlina binti Mohamed Sharif (40 tahun) yang bergraduat pada tahun 2007 dalam bidang Doktor Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia telah mula berkhidmat sebagai Pegawai Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada tahun 2008.

Merupakan anak sulung daripada lima beradik, beliau  mendapat inspirasi untuk melanjutkan pengajian bagi ijazah kedua dalam bidang perniagaan semasa dalam perkhidmatan.

Bermula tahun 2017, beliau terpanggil untuk menyahut impian menjadi  veterinar yang mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi, perniagaan dan kewangan bagi membantu dalam industri ternakan Malaysia.

Berkongsi pengalaman sepanjang tempoh pengajian, beliau hampir kemurungan semasa ingin memohon latihan industri kerana masih bekerja dalam perkhidmatan awam. Proses membuat latihan industri di jabatan agak mencabar dan tidak boleh membuat latihan industri di luar.

Beliau mengulas lagi pengurusan masa adalah amat penting kerana keperluan semasa hari bekerja di pejabat, petang masuk kelas, waktu malam sahaja masa untuk ulangkaji, buat assignment dan sebagainya.

Apa yang paling penting adalah semasa kelas, pensyarah  banyak membantu dan kenangan manis memperoleh kepujian kelas pertama beberapa kali menyebabkan beliau semakin bersemangat untuk menghabiskan pengajian.

Usaha beliau menyiapkan tugasan dirasakan sangat berbaloi apabila berjaya memegang ijazah kedua beliau semasa Majlis konvokesyen UPM ke-45.
 
 

20220324141441blobid1.jpg

Walaupun menjawat jawatan sebagai Pengarah dan berhadapan dengan situasi COVID-19 beliau terus cekal dan tidak mengalah dengan meletakkan kepercayaan kepada Allah tanpa mengharap pujian orang.

Beliau telah melengkapkan pengajian dalam program bacelor eksekutif di bawah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Program ini bertepatan dengan hasrat YB Menteri Pengajian Tinggi  dengan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) untuk mentransformasikan rakyat Malaysia kepada modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Jangka Sederhana (Jan-Jun) Tahun 2022.

Sekolah Perniagaan dan Ekonomi menawarkan tiga program bachelor untuk eksekutif iaitu Bacelor Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian, Bacelor Perakaunan (Kepujian) dan Bacelor Ekonomi dengan Kepujian.
 
Oleh: Nurzatul Hakimah Mahmud Mahayudin

Date of Input: 28/03/2022 | Updated: 28/03/2022 | syazmer

MEDIA SHARING

UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
CVFYCAd:02:29