MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN CEO@SPE | UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
» NEWS » MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN CEO@SPE

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN CEO@SPE

TAHNIAH! CEO@SPE TUAN HAJI MOHD ASRI AHMAD

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan CEO@SPE kepada Tuan Haji Mohd Asri Ahmad telah berjaya dilaksanakan dengan dihadiri oleh Pengarah Pusat Perhubungan dan Jaringan Industri (CIRNET) UPM dan juga warga SPE.

 

 

Majlis ini diadakan sebagai simbolik pelantikan CEO@SPE yang telah diluluskan di peringkat universiti yang berkuatkuasa mulai 1 November 2021.

Perintis kepada pelantikan CEO@SPE adalah bermula dengan CEO@Faculty Programme (CFP). Ianya merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Program yang dimulakan pada tahun 2015 ini telah diwujudkan bagi meningkatkan penyertaan sektor industri dan awam dalam sistem pendidikan tinggi negara melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran masing-masing.

Sehubungan itu, Pusat Hubungan dan Jaringan Industri selaku urusetia kepada Program CEO@Faculty peringkat Universiti ingin menstruktur dan menjenama semula CFP ini dengan memfokuskan penglibatan CEO secara langsung dengan PTJ mengikut kepakaran dan bidang ilmu PTJ masing-masing, iaitu melalui program CEO@PTJ (CPP).

Penumpuan ini dilihat akan lebih memberi impak yang berkesan dan maklumbalas yang positif kepada sasaran utama iaitu para pelajar dan juga ahli akademik.

Program ini dijangka akan merapatkan jurang institusi swasta dan awam sekali gus memperkukuhkan hubungan industri dan akademia.

Pautan live Facebook: https://fb.watch/awFt6W57-H/

 Klik Sini untuk Galeri Gambar majlis.

**Berita ini ditulis dalam Bahasa Melayu dan tidak mempunyai terjemahan dalam Bahasa Inggeris**

Date of Input: 17/01/2022 | Updated: 28/03/2022 | syazmer

MEDIA SHARING

UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXDdIA7~