Congratulations | SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
» NEWS » Congratulations

Congratulations

Agong terima Darjah Kerabat Selangor

 

SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima anugerah tertinggi Selangor, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ke-75, hari ini.

Ahli Dewan Diraja Selangor yang juga Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda pula menerima Darjah Kerabat Kedua (DK II).

 

Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.
Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Darjah kelas pertama, iaitu Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada lelaki dan Datin Paduka Seri kepada wanita dianugerahkan kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

 

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

 

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Turut menerima darjah kebesaran yang sama adalah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran Datuk Setia kepada lelaki dan Datin Paduka Setia kepada wanita dianugerahkan kepada Ahli Dewan Diraja Selangor, Prof Adjung Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.

Seramai 11 penerima dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Mereka ialah Ketua Perkhidmatan Geriatrik Selangor, Tunku Datuk Dr Muzafar Shah Tunku Jaafar; Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya, M Gunalan; Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dr Choo Kah Sing; Asisten Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Hashim Aman Shah; Panglima 11 Briged Markas 11 Briged, Brigedier Jeneral Norsham Md Tap; Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha'ari Ngadiman; Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Johary Anuar; Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad; Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azali Mohamed dan Dekan Fakulti Pertanian UPM, Prof Dr Abdul Syukor Juraimi.

Selain itu, 16 individu menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Penerima DSIS ialah Inspektor Jeneral Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Laksamana Muda Anuar Mohamed; Panglima Pendidikan dan Latihan Markas Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Khalid Jaafar; Ketua Pengarah Tadbir dan Logistik Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, Brigedier Jeneral Nazrul Edgar Abdullah.

Panglima Grup Artileri Pertahanan Udara, Brigedier Jeneral Zainal Mohd Noor; Ketua Jabatan dan Pakar Pergigian Poliklinik Pakar Pergigian Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Brigedier Jeneral Dr Zulkifli Zainal Abidin; Panglima 10 Briged (PARA) Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Semaon Marjuki; Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Senior Asisten Komisioner Abdul Basir Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Operasi) Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Datuk Dr Mohd Puat Dahalan; Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Sultan Selangor, Sawaludin Md Nor.

Penerima lain ialah Ketua Jabatan Perubatan dan Pakar Perunding Perubatan Hospital Sungai Buloh, Dr C Suresh Kumar; Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Anaestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh, Dr Shaiful Azman Zakaria; Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Dr Mohamed Paid Yusof; Ketua Jabatan Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr A Siva Kumar; Yang Dipertua Gabungan Profesional dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS), Dr Muhammad Arif Mohd Hashim; Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Mastura Muhamad dan Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa UPM, Rosdi Wah.

Date of Input: 22/12/2020 | Updated: 22/12/2020 | nurzatul

MEDIA SHARING

SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
0397696188
W1VMHOeJ:14:30