Perang Harga Minyak Dunia Dijangka Tidak Berlarutan Lama | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» ARTIKEL » Perang harga minyak dunia dijangka tidak berlarutan lama

Perang harga minyak dunia dijangka tidak berlarutan lama

Perang harga minyak dunia dijangka tidak berlarutan lama

 

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Muhammad Daaniyall Abd Rahman, berkata Malaysia dilihat sebagai mangsa terhadap isu ini kerana negara hanya ‘price taker’ (penerima harga) dalam pasaran minyak dunia.

 

Katanya, beliau menjangkakan perang harga ini tidak akan berpanjangan kerana ia akan turut merugikan Arab Saudi jika berterusan lama.

 

"Pengeluaran minyak secara berlebihan oleh Arab Saudi tidak bersifat jangka panjang. Ini kerana mereka juga menghadapi kerugian seperti harga saham yang jatuh. Harga saham Aramco susut sembilan peratus dan keuntungan yang semakin berkurangan.

 

"Kitaran ini akan kembali normal apabila isu ini reda nanti," katanya kepada BH ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Muhammad Daaniyall berkata, antara langkah yang boleh diambil kerajaan ialah perlu segera mencari sumber kekayaan baharu sebagai alternatif kepada kebergantungan hasil minyak.

 

Ini katanya, lebih bersifat jangka panjang dan pada masa sama mampu menjadi perisai ampuh untuk mengekang kesan spekulasi harga minyak pada masa hadapan.

 

"Penggunaan teknologi hijau boleh diambil kira sebagai sumber kekayaan baru negara. Kejatuhan harga minyak ini juga perlu dilihat sebagai peluang untuk meningkatkan pengeluaran sektor ekonomi disebabkan kos bahan api yang lebih rendah.

 

"Walaupun harga barang di pasaran dijangka tidak berubah, tetapi galakan membeli dengan pemberian insentif seperti diskaun perjalanan yang mampu mengurangkan kos perjalanan rakyat dan pada masa sama menggalakkan permintaan bahan api yang boleh menstabilkan kerugian yang ditanggung syarikat," katanya.

 

Capaian artikel asal pada pautan berikut: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2020/03/663451/perang-harga-minyak-dunia-dijangka-tidak-berlarutan-lama?fbclid=IwAR3ySb4RGbZC_ibupNtMTzzIUJbuevtqcXZ_FfEnF4LuIiUWgXWi8swNBS8

Tarikh Input: 24/03/2020 | Kemaskini: 24/03/2020 | nurzatul

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXDTTAT~