Karnival Keusahawanan Muda & Unibiz Challenge PUNB-UPM 2019 | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» ARTIKEL » Karnival Keusahawanan Muda & Unibiz Challenge PUNB-UPM 2019

Karnival Keusahawanan Muda & Unibiz Challenge PUNB-UPM 2019

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM melalui Jabatan Pengurusan dan Pemasaran akan menganjurkan Karnival Keusahawanan Muda & Unibiz Challenge PUNB-UPM 2019, Semester Pertama 2019/2020 pada:

 

Tarikh              :  29 November 2019 (Jumaat)

Tempat            :  Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM

Penyertaan     : 16 kumpulan pelajar MGM 3180 Asas Keusahawanan (Anggaran seramai 1200 pelajar)

Penganjuran : FEP dengan kerjasama PUNB, CEM UPM, FEMSA dan UPAC FEP

 

Program ini diadakan bagi mencapai objektif berikut:

  1. Memupuk pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar.
  2. Memberi peluang bagi pelajar mempraktiskan nilai dan kemahiran keusahawan dari peringkat awal.
  3. Mendedahkan pelajar kepada usaha melaksanakan aktiviti perniagaan dengan mengaplikasikan ilmu keusahawanan melalui penglibatan perniagaan di peringkat mula (starts-up).
  4. Memberi ruang kepada pelajar untuk mempromosikan produk yang dihasilkan.
  5. Mengadakan jaringan industri dan komuniti

Semua warga UPM adalah dijemput hadir untuk memeriahkan Karnival.

 

.

Tarikh Input: 26/11/2019 | Kemaskini: 26/11/2019 | nurzatul

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXDTTAy~