Baki Sagu Hati Umrah Akan Diuruskan MOTAC | UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
» ARTICLE » Baki sagu hati umrah akan diuruskan MOTAC

Baki sagu hati umrah akan diuruskan MOTAC

 

TAIPING - Bayaran sagu hati kepada baki kira-kira 1,000 jemaah umrah yang masih menerimanya berikutan penangguhan sementara ibadat umrah akan diuruskan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya akan membantu MOTAC untuk menyelaras bayaran tersebut dengan agensi pelancongan terlibat bagi melancarkan urusan tersebut.

Menurutnya, syarikat agensi pelancongan terlibat bekerjasama rapat dengan MOTAC.

"MOTAC akan berhubung dengan syarikat agensi pelancongan yang mana jemaah terlibat. Ada jemaah yang belum bayar duit, maka tak layaklah.

"Kalau mereka ada dokumen membuktikan syarikat agensi pelancongan itu dah bayar di sana (Arab Saudi) tetapi tak ada pemulangan balik. Itu kita akan bagilah," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kawasan Bukit Gantang 2022 di Pusat Khidmat Pas Parlimen Bukit Gantang di sini, pada Ahad.

Idris pada 13 Februari lalu mengumumkan pembayaran sagu hati sebanyak RM1,671 seorang kepada jemaah umrah yang membatalkan pemergian susulan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah akan dibuat pada 18 Februari lalu.

Bagaimanapun pembayaran wang sagu hati itu, dijangka dilanjutkan sehingga Mac depan susulan hampir 1,000 dalam kalangan jemaah itu gagal membuka akaun simpanan di Tabung Haji (TH), sekali gus menyukarkan pembayaran dibuat.

Sementara itu, pada majlis sumbangan tersebut, sebanyak 50 pelajar terpilih di kawasan Parlimen Bukit Gantang menerima bantuan keperluan persekolahan dengan kerjasama QSR Brands dan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM).
 
Sumber: Sinar Harian, 27 Februari 2022

Date of Input: 24/03/2022 | Updated: 28/03/2022 | syazmer

MEDIA SHARING

UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXEUBAk~