Abaikan Panggilan Meragukan | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» ARTIKEL » Abaikan Panggilan Meragukan

Abaikan Panggilan Meragukan

Tak Pasti, Jangan Layan Panggilan Scammer

 .

Panggilan berupa penipuan

  • Meminta data peribadi (seperti nombor kad pengenalan atau nombor kad kredit) untuk mengesahkan identity anda.
  • Mengarahkan anda menghubungi mereka semula ke nombor yang berlainan dan bukannya nombor yang terpapar di ID Pemanggil.
  • Memaklumkan kononnya anda telah memenangi hadiah, pertandingan, atau barang berharga dan pelru memberikan maklumat akaun bank.
  • Memaklumkan kononnya anda mempunyai bayaran tertunggak atau saman yang anda perlu bayar pada hari yang sama untuk mengelakkan tindakan undang-undang.
  • Meminta anda mengesahkan kod PIN yang dihantar ke telefon anda walaupun anda tidak melakukan sebarang kemas kini akaun, servis, atau profil.

 

Cara paling mudah untuk menangani panggilan yang tidak diketahui siapa pemanggilnya, ialah dengan tidak menjawab panggilan tersebut. Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu masyarakat tahu untuk tidak terpedaya dengan penipuan ini.

  • Lakukan urusan rasmi di pejabat pihak yang terlibat dan bukannya melalui panggilan telefon. Adalah tidak logic kes berat seperti pengedaran dadah hanya dikendalikan melalui panggilan telefon. Tambahan pula, jika berurusan secara berdepan, maklumat seperti pegawai yang terlibat boleh diambil untuk tujuan follow-up kelak
  • Jangan dedahkan maklumat penting melalui telefon. Password dan username adalah hak peribadi dan pihak perkhidmatan ataupun pihak bank tidak akan sesekali memintanya daripada anda kerana ia menyalahi undang-undang. Jika pemanggil terus mendesak, sila putuskan panggilan dan hubungi talian rasmi untuk maklumat lanjut.
  • Berani katakan tidak. Jika anda menerima panggilan yang berupa ugutan untuk melakukan perkara tertentu tanpa kerelaan, anda boleh memutuskan panggilan pada bila-bila masa dan terus melaporkan kepada pihak polis.

Untuk melihat video penuh sila klik pautan 

Tarikh Input: 29/10/2018 | Kemaskini: 31/10/2018 | nurzatul

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXDTMA4~