| FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
senarai pengumuman terkini

Selamat datang diucapkan kepada Puan Dalina Kamarudin, Penolong Pendaftar N44 ke FEP. 

Beliau akan bertugas di Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Jaringan Industri dan Masyarakat).

Dengan sukacita Pihak Fakulti Ekonomi dan Pengurusan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Mazlina Mustapha di atas kenaikan pangkat beliau dari jawatan Pensyarah Kanan DS52 ke jawatan Profesor Madya DS54 berkuatkuasa mulai 1 Julai 2017.
 
Tahniah diucapkan.
Dengan sukacitanya dimaklumkan Datin Paduka Naib Canselor telah melantik Prof. Madya Dr. Mazlina Mustapha sebagai Ketua Jabatan Perakaunan dan Kewangan, FEP bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 1 Ogos 2017 hingga 31 Julai 2020.
 
Tahniah diucapkan.

Tea and Cookies Sharing Session organized by Graduate School Club (GSC) FEP

Presenter: Mansur Ahmed

Title: Determinants of Crowd Funding Acceptance as an Alternative Source of Finance by SMEs

Area of study: Finance

Time: 5.00pm to 6.00pm

Venue: Graduate Seminar Room, 1st Floor, Block E, FEP

ALL POSTGRADUATE STUDENTS ARE INVITED

 

Tawaran biasiswa terbuka kepada pelajar FEP peringkat Bacelor (keutamaan diberikan kepada pelajar Bacelor Petadbiran Perniagaan)

Tarikh Tutup: 9 April 2018

Maklumat lanjut sila hubungi 03-8947 1151 (Cik Nur Sabrina Marzuki) atau 03-8947 1017 (Cik Nur Syafiqah Anuar) 

Tajuk: Panel Data Analysis - Long Time Series Panels

Tarikh: 5 to 6 September 2018

Tempat: Makmal Komputer 2, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Maklumat lanjut di sini

 

Dengan sukacitanya  dimaklumkan bahawa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) akan mengadakan “Hari Terbuka FEP2018”. Perincian program adalah seperti berikut:

Tarikh             : 4 Mei 2018

Masa               : 9.00pagi  – 4.00 petang

Tempat           : Perkarangan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuk penerangan mengenai program pengajian yang ditawarkan di FEP, gerai jualan yang dikendalikan oleh pelajar kursus keusahawanan serta aktiviti permainan minda.

Justeru, kami berbesar hati menjemput pihak tuan/puan untuk bersama-sama menjayakan program ini. Untuk perincian sila layari Hari Terbuka

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Pengarah Antarabangsa AACSB telah bersetuju untuk menyambung akreditasi AACSB kepada UPM (3 Program ijazah, 9 Program Master dan 5 Program PhD). Audit akreditasi AACSB telah dijalankan pada 11 – 12 Mac 2018  oleh wakil AACSB yang diketuai oleh Prof. William Theodore Cummings, serta Prof Hirokazu Kono dan Prof Te-Kuang Chou.

Permohonan jawatan kosong sila rujuk di sini

Program : Depresi Kerjaya dan Keluarga: Intervensi melalui Terapi Seni Ekspresif
Tarikh     : 11 Oktober 2018
Lokasi     : Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Anjuran  : Unit Pembangunan Eksekutif dan Jaringan Industri (EDIL),
   

 

Penyertaan terbuka kepada:   - Kaunselor / guru pendidikan khas
    - Pegawai psikologi
    - Pegawai kerajaan yang terlibat dalam kerja sosial atau kerja komuniti
    - Ibu bapa / penjaga kanak-kanak autism
    - Ibu bapa / penjaga kanak-kanak autism
    - Ibu tunggal
    - NGO

 

Yuran penyertaan:  
  • RM200 / individu ATAU
  • RM450 / berkumpulan (sekurang-kurangnya 3 orang)
 
   
Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh rujuk pautan



Lawatan Penasihat EQUIS Professor Emeritus Peter Little yang akan dijalankan pada 2hb dan 5hb Oktober 2018. Tujuan perbincangan adalah untuk memperolehi kefahaman yang lebih mendalam tentang kaedah, strategi dan proses-proses dalam mendapatkan pengiktirafan akreditasi EQUIS.

 

Adalah dimaklumkan Borang Pengesahan Penjanaan Pendapatan JINM boleh dimuat turun di bahagian muat turun dokumen atau rujuk pautan berikut:

Borang Pengesahan Penjanaan Pendapatan

 

Muat turun Borang Permohonan Opsyen Bacelor Pentadbiran Perniagaan (Major) di sini

Merujuk kepada surat UPM/CADe/2/2.14 (Putra Blast). Pelaksanaan Pembelajaran Teradun Gantian Semester Pertama 2019/2020 adalah seperti pada lampiran di sini

Penerangan lanjut akan disampaikan semasa Mesyuarat Jemaah Fakulti ke-183 pada 22 Ogos 2019

 

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697600
0389486188
B1566448611