Academic Requirement For Bacelor Of Economics | UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
» Academic Requirement for Bacelor of Economics

Academic Requirement for Bacelor of Economics

SYARAT AM UNIVERSITI

Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;

 DAN

Mempunyai Diploma UA/Politeknik/IPTS, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; atau

Mempunyai STPM tahun 2015 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

Mempunyai Matrikulasi/Asasi tahun 2015 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; atau

 Lulusan Sekolah Sukan Malaysia/GCE A-Level/International Baccalaureate Diploma/Australian Matriculation (AUSMAT) serta kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

DAN

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku.

(Syarat Khas Program Pendidikan)

  1. Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja;
  2. Calon mestilah lulus dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM;
  3. Calon hendaklah berumur tidak melebihi 30 tahun semasa mengemukakan permohonan;
  4. Calon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal, dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini;
  5. Pemohon yang layak, perlu menduduki Ujian MEdSI dan melepasi tahap minimum Ujian MEdSI, lulus Ujian Khas yang ditetapkan serta diperakukan temu duga sebelum dipertimbangkan untuk ditawarkan ke Program Pendidikan;
  6. Telah tamat pengajian dengan mendapat keputusan yang telah disahkan oleh Senat Universiti.
 
SYARAT KHAS PROGRAM

 

ALIRAN SAINS DAN SASTERA

LEPASAN STPM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) pada peringkat STPM dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut:

  • Mathematics (M)/Mathematics (T);
  • Ekonomi;
  • Geografi;
  • Perakaunan;
  • Pengajian Perniagaan;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics; atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Mathematics (M)/Mathematics (T);

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

LEPASAN MATRIKULASI/ASASI

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ (2.33) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam satu (1) daripada mata pelajaran berikut:

  • Mathematics;
  • Ekonomi;
  • Akaun;
  • Pengurusan Perniagaan;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics; atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi/Asasi dalam mata pelajaran Mathematics;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

LEPASAN DIPLOMA

Memiliki Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C/6C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

  • Mathematics;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Updated:: 08/10/2017 [syairinnie]

MEDIA SHARING

UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5305
-
W, (06:32:11am-06:37:11am, 11 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]