Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan Beri Anugerah Kepada Staf Berjasa Dalam Majlis Apresiasi | FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
» BERITA » Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan Beri Anugerah Kepada Staf Berjasa Dalam Majlis Apresiasi

Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan Beri Anugerah Kepada Staf Berjasa Dalam Majlis Apresiasi

Oleh Khairul Anuar Md Noh

 

 

BANGI, 1 Julai, 2019 - Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Putra Malaysia (UPM) meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat fakulti dengan memberi anugerah kepada staf-staf yang berjasa di Hotel Tenara di sini.

Dekan FEP, Prof Dr. Azali Mohamed berkata seramai 43 staf yang berjasa kepada fakulti diberi anugerah sebagai menghargai pengorbanan dan dedikasi mereka dalam menaikkan reputasi fakulti.

Beliau berkata antara kategori anugerah ialah ‘Staf Paling Lama Berkhidmat’(20 tahun ke atas) diberikan kepada Prof. Dr. Law Siong Hook, Prof. Madya Dr. Rozanah Abd Rahman, Prof Madya Dr. Suhaimi Abd Rahman, Dr. Choo Wei Chong, Dr. Judhiana Abd Ghani, Dr. Junaina Muhammad, Nor’aisyah Mohd Syawal,  Wong Foong Yee selain beliau sendiri.

Anugerah Khas ‘Staf Berjasa’ diberikan kepada Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Baharumshah, Prof Dr. Muzafar Shah Habibullah, Prof Madya Dr Bany Ariffin Amin Noordin, Prof Madya Dr Yuhanis Abd Aziz dan Mustafa Dollah.

Turut diberikan ialah Anugerah Khas ‘Kejayaan Lonjakan Laman Web’ kepada Nurzatul Hakimah Mahmud Mahayudin dan Syairinnie Abdul Ghapar. Anugerah lain ialah Duta Kepakaran untuk Media kepada Dr Anuar Shah Bali, Prof Madya Dr Yusof Saari dan Prof Dr. Azali Mohamed.

Terdapat juga anugerah khas ‘Special Talent’ diberikan kepada 12 akademia dan tujuh bukan akademia, staf aktif sukan dan staf yang kreatif. -UPM

Tarikh Input: 16/07/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | nurzatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697600
0389486188
C1571852735