Bacelor Kewangan Gunaan Dengan Kepujian | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» PROGRAM » PRASISWAZAH » Bacelor Kewangan Gunaan dengan Kepujian

Bacelor Kewangan Gunaan dengan Kepujian


 
 

Latar Belakang:

     

Bagi memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja terkini, SPE telah memilih kebolehkerjaan sebagai objektif program Bacelor Kewangan Gunaan dengan Kepujian di SPE. Fokus SPE adalah untuk menghasilkan graduan yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam kewangan yang relevan di alam pekerjaan kelak. Kampus SPE di Serdang yang berhampiran dengan institusi kewangan di sekitar Kuala Lumpur memberi peluang kepada pelajar program Bacelor Kewangan Gunaan dengan Kepujian untuk mengenali dan berinteraksi dengan pemain industri melalui lawatan, ceramah industri, dan aktiviti bengkel praktikal sepanjang program ini. Secara khusus, program ini dirancang untuk membolehkan pelajar memulakan kerjaya mereka dalam bidang kewangan yang menjuruskan kepada analisis saham dan kewangan, pengurusan dana, perbankan, pengurusan risiko dan kewangan korporat. *(Akan ditawarkan mulai Semester 1 (Arus Perdana), Sesi 2025/2026 - Oktober 2025 / Semester 2 (Trimester), Sesi 2025/2026 - November 2025)

 

Jumlah Kredit Bergraduat

 

123 Jam Kredit

* Kursus Universiti (15 kredit)

* Kursus Teras (96 kredit)

* Kursus Elektif (12 kredit)

 

Tempoh Pengajian 

  7 Semester (3.5 Tahun)
     

Matlamat Program

 
  • Menggunakan konsep, teori dan pengetahuan teknikal kewangan dan bukan kewangan dalam menyelesaikan isu kewangan semasa;
  • Mempamerkan kemahiran praktikal yang mantap dan kemahiran komunikasi yang berkesan;
  • Mengintegrasikan kemahiran analitik dan digital dengan berkesan; dan
  • Mendukung amalan etika dan profesional dengan menunjukkan sikap positif, serta minda keusahawanan dalam melaksanakan tanggungjawab.
 

 

Kelayakan Bahasa Inggeris

 

Untuk calon Antarabangsa sahaja

Telah memperoleh salah satu (1) kelayakan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dengan skor minimum seperti yang dinyatakan di bawah:

    • MUET Band 3; ATAU
    • IELTS Band 6.0 (dengan markah minimum 5.0 bagi Komponen Bercakap dan Mendengar); ATAU
    • TOEFL Skor 500 (PBT)/60 (IBT)/176 (CBT); ATAU
    • Pearson (PTE) 42; ATAU
    • CIEP Tahap 109 (Bercakap – B, Mendengar – B)

DAN

    Lulus sesi temuduga yang akan dijalankan bagi calon yang mencapai skor minimum kelayakan penguasaan Bahasa Inggeris seperti yang ditetapkan.
 

Buku   Panduan Program 

 

Klik di sini untuk maklumat lanjut

 

Prospek Kerjaya Graduan

 
  • Penganalisis Kredit 
  • Pegawai Kewangan
  • Penasihat Kewangan
  • Penganalisis Kewangan
  • Perancang Kewangan
  • Pegawai Pinjaman

 


   

Kemaskini:: 14/10/2025 [asyikeen]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5305
-
X, (10:22:21am-10:27:21am, 22 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]