|

|
|
| |
|
Latar Belakang:
|
|
|
|
Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, yang diperkenalkan pada tahun 1995, direka bentuk untuk melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dengan asas kukuh dalam prinsip pengurusan perniagaan. Dengan penekanan terhadap pengetahuan teori dan aplikasi praktikal, program ini mempersiapkan pelajar untuk berjaya dalam pelbagai persekitaran profesional serta menyumbang kepada pertumbuhan dan kelestarian sesebuah organisasi.
|
Jumlah Kredit Bergraduat
|
|
|
123 Jam Kredit
*Kursus Universiti (21 kredit)
*Kursus Teras (49 kredit)
*Kursus Teras Displin (36 kredit)
*Kursus teras disiplin (36 kredit) terdiri daripada Pengurusan Sumber Manusia, Pemasaran, Kewangan, Perniagaan Antarabangsa dan Keusahawanan.
* Kursus Elektif (9 kredit)
* Latihan Industri (8 kredit)
|
|
| |
|
Tempoh Pengajian
|
|
8 Semester (4 Tahun) |
| |
|
|
Matlamat Program
|
|
- Melahirkan eksekutif yang berkebolehan menggunakan teknologi yang sesuai, beretika dan mahir berkomunikasi dalam urusan perniagaan dan organisasi.
- Melahirkan eksekutif yang mempunyai kemahiran memimpin dan mampu menyelesaikan masalah perniagaan.
- Melahirkan eksekutif yang mempunyai ciri keusahawanan, berdaya saing dan mempunyai kemahiran mengurus organisasi dan perniagaan.
|
| |
|
Kelayakan Bahasa Inggeris
|
|
Untuk calon Antarabangsa sahaja
Telah memperoleh salah satu (1) kelayakan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dengan skor minimum seperti yang dinyatakan di bawah:
- MUET Band 3; ATAU
- IELTS Band 5.5 (dengan markah minimum 5.0 bagi Komponen Bercakap dan Mendengar); ATAU
- TOEFL Skor 500 (PBT)/60 (IBT)/176 (CBT); ATAU
- Pearson (PTE) 42; ATAU
- CIEP Tahap 109 (Bercakap – B, Mendengar – B)
DAN
Lulus sesi temuduga yang akan dijalankan bagi calon yang mencapai skor minimum kelayakan penguasaan Bahasa Inggeris seperti yang ditetapkan.
|
| |
|
Buku Panduan Program
|
|
Klik di sini untuk maklumat lanjut
|
| |
|
Prospek Kerjaya Graduan
|
|
- Eksekutif Pentadbiran
- Usahawan
- Eksekutif Sumber Manusia
- Eksekutif Pemasaran
- Pegawai Bank
|
|
|
|
|
Kemaskini:: 14/10/2025 [asyikeen]
PERKONGSIAN MEDIA