Polisi Sedia Ada Buka Ruang Penipuan | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» ARTIKEL » Polisi sedia ada buka ruang penipuan

Polisi sedia ada buka ruang penipuan

Sinar Harian, 27 Februari 2025

(Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique merupakan Profesor di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM dalam bidang Ekonomi)

 

SHAH ALAM - Pendedahan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bahawa berlakunya campuran dengan beras import membuktikan bahawa polisi harga siling beras putih tempatan (BPT) telah merenjatkan pasaran.

Pakar ekonomi pertanian, Profesor Dr Shaufique F Sidique berkata, polisi sedia ada membuka ruang penipuan dan dikhuatiri akan terus berlaku dalam jangka masa panjang sekiranya harga BPT tidak diapungkan.

Menurut beliau, tidak wajar menunding jari terhadap kartel selagi isu asas melibatkan harga beras tidak atasi.

“Perlu naikkan harga beras tempatan. Kalau naikkan harga, petani pun senang hati dan tak perlu lagi tuntut harga lantai dinaikkan.

“Ketika harga minyak sawit naik, kenapa kita boleh naikkan harga minyak masak? Jadi, perkara yang sama berlaku (melibatkan BPT),” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Shaufique yang juga Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) bagaimanapun berkata, sukar untuk menghalang penipuan melibatkan campuran beras.

“Kena terima hakikat perlu naikkan harga. Polisi tu membuka ruang untuk orang menipu. Selagi tak naikkan harga selagi tu (beras) akan campur.

“Tak perlu buat kajian. Kecuali kalau nak pantau. Tapi bagaimana nak pantau, kos pemantauan tinggi? Adakah kita perlu periksa setiap kilang setiap hari?” soal beliau.

Tarikh Input: 10/03/2025 | Kemaskini: 11/03/2025 | asyikeen

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5305
-
W, (12:30:22am-12:35:22am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]