2022 Tahun Mencabar Bagi Pemulihan Ekonomi. | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» ARTIKEL » 2022 tahun mencabar bagi pemulihan ekonomi.

2022 tahun mencabar bagi pemulihan ekonomi.

 

Kuala Lumpur: Tahun 2022 dijangka akan terus mencabar dari sudut pemulihan ekonomi bagi Malaysia dan global.

Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Muhammad Daaniyall Abd Rahman berkata, inflasi tinggi kini menjadi masalah utama selepas ekonomi dibuka semula menjadi antara punca kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.

Menurutnya, rakyat dilihat terus terhimpit dengan situasi ini memandangkan masih ramai yang belum pulih dari segi kehidupan khususnya mereka yang hilang pekerjaan.

"Situasi ini menjadikan rakyat sebagai mangsa kerana inflasi tinggi mengambil masa untuk kembali stabil seterusnya pulih.

 

"Disebabkan itu, kerajaan memainkan peranan penting khususnya menyalurkan pelbagai bantuan kepada golongan B40 dan M40 yang dihimpit masalah kenaikan kos sara hidup.

"Menerusi Bajet 2022 juga kerajaan sudah menjangkakan kenaikan inflasi tinggi tahun ini menyebabkan pelbagai bantuan diperkenalkan bagi membantu mengurangkan beban ekonomi rakyat," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, berdasarkan situasi ekonomi terkini selain hambatan varian Omicron menjadikan proses pemulihan ekonomi mengambil masa lebih panjang.

Katanya, ekonomi dijangka akan pulih pada 2023 atau mungkin menjadikan situasi ekonomi lebih baik berbanding tahun ini.

"Tahun 2022 masih dianggap tahun pemulihan manakala 2023 pula dijangka ekonomi akan pulih.

"Malah di peringkat global juga menganggap 2022 masih mencabar disebabkan wujudnya varian Omicron dan tekanan inflasi," katanya.

Sumber: Harian Metro, 17 Februari 2022.

Tarikh Input: 18/03/2022 | Kemaskini: 18/03/2022 | syazmer

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXEUSAM~