UPM Terbaik Hasilkan Kebolehpasaran Siswazah 82.2 Peratus | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» BERITA » UPM Terbaik Hasilkan Kebolehpasaran Siswazah 82.2 Peratus

UPM Terbaik Hasilkan Kebolehpasaran Siswazah 82.2 Peratus

SERDANG, 14 Mei - Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul antara universiti terbaik negara yang berjaya melahirkan siswazah dengan nilai-nilai kebolehpasaran apabila 82.2 peratus lulusannya mendapat pekerjaan atau berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata, pencapaian itu membuktikan keupayaan universiti melahirkan siswazah berkualiti tinggi melebihi standard ditetapkan Kementerian Pendidikan.

“Ini membuktikan tekad UPM sentiasa kukuh untuk melahirkan siswazah berciri global, menepati keperluan majikan serta mengangkat pelajar UPM ke taraf lebih baik.

“Kejayaan menghasilkan ‘functional graduates’ adalah objektif fundamental universiti,” katanya merujuk jumlah 82.2 peratus daripada 3,380 pelajar yang bergraduat pada tahun 2014 di peringkat bachelor sempena ucapannya dalam Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP) 2014, di sini.

MGAP menobatkan 16 ahli akademik dan seorang bukan akademik UPM dengan Anugerah Fellowship Naib Canselor iaitu empat pensyarah membabitkan kategori pengajaran, lapan pensyarah (penyelidikan dan inovasi), seorang pensyarah dan seorang bukan pensyarah (perkhidmatan profesional) dan tiga pensyarah (perundingan cemerlang).

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Canselor UPM hadir mencemar duli bagi menyampaikan anugerah tersebut kepada semua aghli universiti yang cemerlang.

Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi juga berkata peningkatan nilai kebolehpasaran graduan UPM adalah seiring dengan kecemerlangan universiti tersebut dalam bidang penyelidikan, pencapaian akademik serta peningkatan dalam kedudukan ‘ranking’ dunia.

 

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 15/03/2022 | syazmer

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXDdUAn~