UPM Lancar Program Latihan SME Berasaskan Modul Jepun | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» BERITA » UPM lancar program latihan SME berasaskan modul Jepun

UPM lancar program latihan SME berasaskan modul Jepun

 

 

SERDANG, 18 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan program latihan untuk eksekutif perniagaan dan pemilik industri kecil dan sederhana (SME).

Program untuk membantu perkembangan SME itu  dianjurkan oleh SME@Universiti UPM dengan kerjasama SME. Corp Malaysia dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF). Program yang meningkatkan kreativiti dan inovasi berasaskan modul Tokyo SME Universiti  menawarkan pelbagai program latihan mensasarkan kepada eksekutif perniagaan dengan pengurus SME Jepun, kata Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan dan Jaringan Keusahawanan (UCTC), UPM, Dr. Azhar Kasim pada majlis perasmian SME@University.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Prof Dr Mohd Shahwahid Othman dan Pengarah Kanan Pembangunan Pernigaan SME Corp. Malaysia, Fadzilah Ahmad Din. Lebih daripada 20 pemilik SME akan menghadiri kursus selama tiga bulan yang dijalankan pada hujung minggu dan mereka akan dilatih oleh pensyarah UPM dan usahawan jemputan. Para peserta seterusnya akan berkongsi pengalaman mereka. Selain rangkaian, mereka juga akan menggunakan kepakaran dan hasil penyelidikan pensyarah UPM dan usahawan.

"Saya berharap program ini dapat mengembangkan rangkaian dan meningkatkan kemahiran perniagaan dan persefahaman antara pemilik SME dan kakitangan UPM.

"Saya juga berharap UPM boleh menawarkan kepakaran mereka melalui kolaborasi dengan SME Corp untuk menghasilkan usahawan yang berdaya saing di peringkat global," kata Dr. Azhar Kasim.

Program SME@Universiti akan juga diadakan di empat universiti awam yang lain. UPM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan SME Corp Malaysia pada tahun 2011 yang memperuntukkan, antara lain, latihan untuk pengusaha SME. -- UPM

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 15/03/2022 | syazmer

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXDdWAV~