SME@UPM 2017 | FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
» BERITA » SME@UPM 2017

SME@UPM 2017

 

  Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama SME Corp. Malaysia dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) sedang menganjurkan Program SME@UPM 2016 bermula pada 19 Ogos 2017 hingga 5 Disember 2017 bertempat di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Seramai 22 peserta terdiri daripada CEO, Pengarah dan Pengurus syarikat telah mengambil bahagian dan akan menghadiri kelas modul bermula 26 Ogos 2017 ini. Majlis Pembukaan Program SME@UPM 2017 dan Ice Braking telah diadakan pada 19 Ogos 2017 yang lepas bertempat di Dewan Philip Kotler, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UPM. Antara tetamu jemputan yang hadir terdiri daripada YBhg. Prof. Dr. Annuar Md Nassir, Dekan FEP UPM, En Rizal Nainy, Timbalan Ketua Eksekutif (I), SME Corp Malaysia, Pegawai dari SME Corp dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

 

 

Tarikh Input: 22/08/2017 | Kemaskini: 22/08/2017 | syairinnie

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697600
0389486188
C1575659063