Sesi Perjumpaan Naib Canselor UPM Bersama Warga FEP | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» BERITA » Sesi perjumpaan Naib Canselor UPM Bersama Warga FEP

Sesi perjumpaan Naib Canselor UPM Bersama Warga FEP

Serdang, 23 Jan - Sesi perjumpaan Naib Canselor dengan warga Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah berlangsung di Dewan Philip Kotler. Sesi ini dihadiri oleh Dekan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan semua warga fakulti. Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr Aini Ideris telah berkongsi pelan startegik dan pencapaian UPM 2017. Pada sesi ini juga, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris juga sudi meluangkan masa untuk menyampaikan Sijil Perkhidmatan Kecemerlangan kepada lima orang staf.

Pihak fakulti mengucapkan tahniah kepada semua penerima sijil kecemerlangan dan berharap agar warga fakulti memberikan sokongan penuh kepada visi dan misi universiti serta matlamat fakulti.

Lihat Galeri Gambar Perjumpaan VC

Tarikh Input: 07/02/2018 | Kemaskini: 15/03/2022 | syazmer

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXEQMAm~