Program Pembangunan Keusahawanan Pelajar | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» BERITA » Program Pembangunan Keusahawanan Pelajar

Program Pembangunan Keusahawanan Pelajar

Serdang, 15 Feb – Tuan Haji Roslan Saludin, Pengurus Besar Bahagian Pematuhan Syariah dan Halal QSR Brands Holdings Sdn. Bhd, telah berbesar hati untuk turun padang dan bertemu dengan pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan sempena Taklimat Program Pembangunan Keusahawanan Asnaf 2018. Program ini mengambil masa selama setahun, bermula dari Februari 2018 hingga Januari 2019. Tuan Haji Roslan turut berkongsi pengalaman beliau sebagai usahawan dan menyatakan hasratnya untuk memberikan dana keusahawanan kepada pelajar. Objektif program ini adalah untuk membantu membentuk usahawan dari kalangan pelajar asnaf dengan menyediakan bantuan dari segi latihan dalam pentadbiran perniagaan, kos memulakan perniagaan dan modal. Seramai 12 pelajar yang hadir dari keseluruhan 42 pelajar asnaf yang dipanggil.  Turut hadir Prof. Madya Dr. Suhaimi Ab Rahman, Timbalan Dekan Penyelidikan, Jaringan Industri dan Masyarakat selaku ketua projek serta Dr Anuar Shah Bali Mahomed sebagai penyelidik bersama.

Tarikh Input: 20/02/2018 | Kemaskini: 15/03/2022 | syazmer

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXETGAv~