Program Pembangunan Keusahawanan Asnaf 2018 | FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
» BERITA » Program Pembangunan Keusahawanan Asnaf 2018

Program Pembangunan Keusahawanan Asnaf 2018

Serdang, 24 Mac - Program Pembangunan Keusahawanan Asnaf 2018 anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dengan kerjasama QSR Brands Bhd. dan WAZAN UPM telah dirasmikan hari ini di Dewan Phillip Kotler, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM. Program Pembangunan Keusahawanan Asnaf 2018 ini akan dilaksanakan dalam beberapa fasa untuk sembilan bulan yang akan datang sehingga 31 Disember 2018. Sebanyak RM50,000 sumbangan zakat oleh pihak QSR Brands Bhd. telah disalurkan kepada UPM untuk pelaksanaan program ini dan kemudian akan diagihkan kepada peserta terlibat. Seramai 40 pelajar asnaf telah hadir ke majlis pelancaran program pada hari ini. Peserta akan menjalani  sembilan (9) modul pembelajaran dalam keusahawanan, diikuti dengan 4 lawatan industri ke syarikat usahawan tempatan berjaya.  Setelah melengkapkan kesembilan modul tersebut, semua peserta akan membuat pembentangan rancangan perniagaan mereka dan peserta yang terpilih akan diberikan modal pusingan sebanyak RM6,250 untuk memulakan perniagaan masing-masing. Adalah diharapkan agar pelajar asnaf UPM khususnya pelajar asnaf FEP, FBMK, FPP dan FEM akan mendapat manfaat daripada program ini dan menrealisasikan potensi mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya di masa hadapan. Adalah juga diharapkan peserta program ini dapat seterusnya membuat transformasi diri daripada menjadi 'penerima zakat' kepada 'pemberi zakat'.

Tarikh Input: 28/03/2018 | Kemaskini: 30/03/2018 | syairinnie

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697600
0389486188
C1571856837