Program Be$mart Di FEP, UPM | FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
» BERITA » Program Be$mart di FEP, UPM

Program Be$mart di FEP, UPM

.

Serdang, 4 Mac - Bagi tahun ketiga (sejak dilancarkan pada 14 Disember 2016), program Be $ mart telah berjaya dilaksanakan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia. Pada tahun ini, sesi dua hari yang komprehensif telah diadakan selama 2 siri. Setiap sesi dibahagikan kepada 2 kumpulan. Sesi pertama diadakan dari 23 hingga 24 Februari 2019 dan yang kedua pada 2-3 Mac 2019. Sejumlah 202 pelajar tahun akhir telah mengambil bahagian dalam program ini.

Dibantu dan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan CIMB dan rakan latihan, Gem Systems Sdn. Bhd., objektif utama Be$mart adalah untuk meningkatkan kefahaman kewangan para belia dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang tepat untuk menguruskan kewangan mereka dengan baik untuk setiap peringkat kehidupan. Program ini adalah sesi dua hari yang komprehensif yang menggunakan kombinasi kuliah, simulasi dan permainan yang bertujuan untuk menyampaikan pandangan kewangan pengurusan secara senang dan interaktif. Ia meliputi pelbagai topik seperti pengurusan kewangan dan hutang, pelaburan hartanah dan amanah unit dan perancangan bajet.

Tarikh Input: 05/03/2019 | Kemaskini: 05/03/2019 | nurzatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697600
0389486188
B1566449198