Delegasi Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) telah melakukan satu kunjungan hormat ke Minhaj University Lahore (MUL), Pakistan, diketuai oleh Profesor Dr Yuhanis Ab. Aziz, Timbalan Dekan Siswazah dan Antarabangsa.
SPE dan Minhaj University Lahore telah berkolaborasi melalui MOU yang telah dimeterai pada tahun 2020 sebagai rakan kolaborasi Program Siswazah Secara Penyelidikan Mod Luar Pesisir. Kolaborasi itu melibatkan program Master Secara Penyelidikan dan Doktor Falsafah.
Kolaborasi yang diterajui oleh Prof Madya Ts Dr. Anuar Shah Bali Mahomed itu akan memulakan proses audit lokasi untuk fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh MUL.
Kredit gambar: Sajjad Ahmad
Tarikh Input: 28/03/2022 | Kemaskini: 29/03/2022 | syazmer

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
Pertanyaan am: 03 9769 5305
Pengajian Siswazah: 03 9769 5319
Pengajian Pra siswazah: 03 9769 1465