The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) UK telah menyambung accreditation exemption bagi program Bacelor Perakaunan UPM untuk tempoh 5 tahun lagi bermula 1 Januari 2021 hingga 2025. Pengiktirafan ini bermakna graduan Bacelor Perakaunan UPM hanya perlu menduduki peperiksaan untuk 4 kertas daripada 13 kertas ACCA yang ditawarkan bermula daripada tahun tiga pengajian atau selepas menamatkan program Bacelor Perakaunan di UPM untuk menjadi ACCA Affiliated Member. Untuk makluman, accreditation exemption maksima daripada ACCA UK telah diterima oleh Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM sejak daripada batch graduan BAcc tahun 2005 lagi.
Tarikh Input: 03/06/2020 | Kemaskini: 15/03/2022 | syazmer
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
Pertanyaan am: 03 9769 7777
Pengajian Siswazah: 03 9769 7609
Pengajian Pra siswazah: 03 9769 6954