Kuala Selangor, 11 Mac - Seramai 56 pelajar mobiliti Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia yang dari 9 buah negara iaitu China, Jerman, Perancis, Finland, Pakistan, Turki, Kazakhstan, Brunei & Belanda telah dibawa ke program inap desa bertempat di Kampong Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Pelajar mobiliti berkenaan didedahkan dengan corak kehidupan desa termasuk kebudayaan tempatan, aktiviti pertanian, makanan Malaysia dan sukan tradisi. Pelajar berkenaan mengikuti dua program prasiswazah iaitu Bacelor Ekonomi dan Bacelor Pentadbiran Perniagaan menerusi program mobiliti pelajar antarabangsa selama satu semester bagi sesi 2017/2018 di UPM.
Tarikh Input: 12/03/2018 | Kemaskini: 15/03/2022 | syazmer
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
Pertanyaan am: 03 9769 7777
Pengajian Siswazah: 03 9769 7609
Pengajian Pra siswazah: 03 9769 6954