Jalur Gemilang Gergasi Daripada Bahan Terpakai | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» BERITA » Jalur Gemilang gergasi daripada bahan terpakai

Jalur Gemilang gergasi daripada bahan terpakai

 

.

 

Serdang, 11 Sept - Demi semangat cintakan negara, staf Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) mencipta Jalur Gemilang gergasi menggunakan bongkah kayu terpakai. 

Bendera gergasi ini menggunakan 2000 skru,42 meter braket besi serta 1520 bongkah kayu terpakai yg diperolehi daripada lebihan siling DKEP 1 yg rosak dan sedang dalam proses pembaikian.

Idea mencipta bendera gergasi menggunakan bongkah kayu terpakai telah dicetuskan oleh kumpulan inovasi FEP sendiri.

Selain menzahirkan rasa cintakan negara,ia dapat memupuk semangat kitar semula bagi menjaga alam sekitar.

Dengan bertemakan slogan 'Ihsan Semarak Perpaduan', bendera gergasi ini telah ditempatkan di hadapan bangunan blok A, FEP. Projek ini mengambil masa selama seminggu dan mendapat kerjasama daripada staf dan hanya membelanjakan rm250 untuk membeli bahan tambahan yang lain. 

#sayangimalaysiaku #merdeka 

Tarikh Input: 11/09/2019 | Kemaskini: 15/03/2022 | syazmer

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXEZSAE~