10 PELAJAR ASNAF DI BUKIT GANTANG MENERIMA LAPTOP | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» BERITA » 10 PELAJAR ASNAF DI BUKIT GANTANG MENERIMA LAPTOP

10 PELAJAR ASNAF DI BUKIT GANTANG MENERIMA LAPTOP

 
Pelancaran Program Sekolah Angkat 2022, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia dan Program Asnaf Masuk Universiti QSR Brands (M) Holdings Berhad telah diadakan pada 18 September 2022 bertempat di SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah, Changkat Jering, Perak.
 
Program ini telah dilancarkan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang melibatkan kehadiran lebih 200 tetamu dan seterusnya membuat penyerahan iaitu sebuah komputer riba dan 4 keping voucher KFC Snack Plate setiap pelajar yang melibatkan seramai 10 pelajar Asnaf di kawasan Bukit Gantang yang telah berjaya menerima surat tawaran kemasukan ke IPT.
 
Pihak SPE juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Hayazi Darus, Pemangku Ketua Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal, QSR Brands (M) Holdings Berhad kerana telah menjalin kerjasama yang erat bersama pihak SPE yang mana QSR Brands (M) Holdings Berhad telah menyumbang sebanyak RM48000 bagi Program Asnaf Masuk Universiti ini.
 
SPE juga telah melancarkan Program Sekolah Angkat 2022 iaitu SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah sebagai Sekolah Angkat Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM. Penyerahan Sijil Sekolah Angkat telah disempurnakan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Anuar Shah Bali Mahomed, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM kepada Puan Nor Hayati binti Napiah, Pengetua, SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah yang disaksikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
 
Sesuatu yang menarik adalah SABK Maahad Al Tarbiah Al Islamiah merupakan sekolah alumni kepada YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad dan merupakan sekolah pertama di Perak serta sekolah agama pertama di Malaysia yang dipilih sebagai Sekolah Angkat Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM.
Semoga usaha ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak dan seterusnya menyumbang kepada negara pada masa akan datang.

Tarikh Input: 03/10/2022 | Kemaskini: 03/10/2022 | aishah.yusoff

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXESLAw~