SPE Research Grant (GPSPE) | UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
» RESEARCH » GRANTS » SPE Research Grant (GPSPE)

SPE Research Grant (GPSPE)

     
   
   

Geran Penyelidikan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (GPSPE) merupakan geran bantuan khas Sekolah Perniagaan dan Ekonomi  (SPE) diberikan kepada pegawai akademik (pensyarah/pegawai penyelidik) yang layak sebagai inisiatif menggalakkan penyelidikan bagi tujuan mencapai indeks Pencapaian Utama (KPI) yang ditetapkan oleh pihak Universiti.


 
   
 

Bidang

   
  •  Pentadbiran Perniagaan
  •  Keusahawanan, Hospitaliti & Pelancongan
  •  Ekonomi dan Ekonomi Perniagaan
  •  Perakaunan dan Kewangan
  •  Polisi dan Undang-Undang
  
         
 

Kelayakan Pemohon

   
  • Ketua Penyelidik mestilah pegawai akademik (pensyarah/pegawai penyelidik) Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM yang berjawatan tetap atau kontrak. Tutor tidak layak memohon sehingga dilantik ke jawatan sebagai pensyarah;

  • Pegawai akademik yang bercuti belajar dan cuti sabatikal (luar dan dalam negara yang melebihi tempoh 6 bulan) tidak dibenarkan membuat permohonan, tetapi boleh menjadi ahli dalam kumpulan penyelidikan tersebut;

  • Pegawai akademik bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama di kalangan pegawai akademik warganegara Malaysia dan berjawatan tetap;

  • Pemohon yang tempoh perkhidmatan kurang daripada satu (1) tahun dimestikan mempunyai penyelidik bersama di kalangan pegawai akademik warganegara Malaysia dan berjawatan tetap;

  • Pemohon hanya dibenarkan mengetuai satu (1) projek sahaja dan hanya satu (1) permohonan projek akan diperakukan untuk geran ini;

 

Nilai Geran

   
  • Minimum RM5,000 dan Maksimum RM20,000
 

Fasa Permohonan  .

     
Fasa 1  
  Tarikh Permohonan : 1 - 30 Januari
  Nota: Selepas tarikh ini permohonan akan diletakkan di bawah kategori permohonan fasa 2
  Proses Permohonan : Februari – Mac
  Makluman Keputusan : April
     
Fasa 2  
  Tarikh Permohonan : 1 - 30 Mei
  Nota: Selepas tarikh ini permohonan akan diletakkan di bawah kategori permohonan fasa 3
  Proses Permohonan : Jun – Julai
  Makluman Keputusan : Ogos
     
Fasa 3  
  Tarikh Permohonan : 1 - 30 September
  Nota: Selepas tarikh ini permohonan akan diletakkan di bawah kategori permohonan fasa 3
  Proses Permohonan : Oktober - November
  Makluman Keputusan : Disember
     
     
 

 Kaedah Permohonan .

   
Borang permohonan Geran Penyelidikan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi    (GPSPE) yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Timbalan Dekan  (Penyelidikan, Pendanaan, Jaringan Korporat dan Komuniti).
 
 .Garis Panduan Permohonan Geran boleh dicapai DI SINI
 
 .Borang permohonan boleh dicapai DI SINI
 
 .Borang permohonan (khas) boleh dicapai DI SINI

 

 

 Maklumat Lanjut  

   
Puan Nurzatul Hakimah Mahmud Mahayudin     
nurzatul@upm.edu.my    
 03 97697660    
     
 Puan Nurrul Naim Noordin    
 nurrulnaim@upm.edu.my    
 03 97697763    

 

         
 

 

 

 

Updated:: 11/05/2022 [syazmer]

MEDIA SHARING

UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
CVGbSAn~