|
|
|
|
Geran Penyelidikan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (GPSPE) merupakan geran bantuan khas Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) diberikan kepada pegawai akademik (pensyarah/pegawai penyelidik) yang layak sebagai inisiatif menggalakkan penyelidikan bagi tujuan mencapai indeks Pencapaian Utama (KPI) yang ditetapkan oleh pihak Universiti.
|
|
|
|
|
Bidang
|
|
- Ekonomi
- Kewangan
- Perakaunan
- Ekonomi Perniagaan
- Perniagaan dan Pemasaran
- Polisi dan Undang-Undang
- Keusahawanan, Hospitaliti & Pelancongan
- Lain-lain yang berkaitan
|
|
|
|
|
|
|
Kelayakan Pemohon
|
|
-
Ketua Penyelidik mestilah pegawai akademik (pensyarah/pegawai penyelidik) Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM yang berjawatan tetap atau kontrak. Tutor tidak layak memohon sehingga dilantik ke jawatan sebagai pensyarah;
-
Pegawai akademik yang bercuti belajar dan cuti sabatikal (luar dan dalam negara yang melebihi tempoh 6 bulan) tidak dibenarkan membuat permohonan, tetapi boleh menjadi ahli dalam kumpulan penyelidikan tersebut;
-
Pegawai akademik bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama di kalangan pegawai akademik warganegara Malaysia dan berjawatan tetap;
-
Pemohon yang tempoh perkhidmatan kurang daripada satu (1) tahun dimestikan mempunyai penyelidik bersama di kalangan pegawai akademik warganegara Malaysia dan berjawatan tetap;
-
Mempunyai sekuranya-kurangnya dua (2) penerbitan sama ada Jurnal Berindeks (CIJ) atau Jurnal Tidak Berindeks (Non CIJ) atau Buku atau Bab Dalam Buku dalam tempoh tiga (3) tahun terkini;
-
Pemohon hanya dibenarkan mengetuai satu (1) projek sahaja dan hanya satu (1) permohonan projek akan diperakukan untuk geran ini;
|
|
|
|
|
|
Nilai Geran
|
|
Minimum RM5,000.00 dan Maksimum RM20,000.00
|
|
|
|
|
|
Fasa Permohonan
|
|
Fasa 1 |
|
|
Tarikh Permohonan : 1 - 31 Mac |
|
(Nota: Selepas tarikh ini permohonan akan dibawa ke fasa 2) |
|
Proses Permohonan : April – Jun |
|
Makluman Keputusan : Julai |
|
|
|
|
Fasa 2 |
|
|
Tarikh Permohonan : 1 - 31 Ogos |
|
(Nota: Selepas tarikh ini permohonan akan dibawa ke fasa 1 tahun berikutnya) |
|
Proses Permohonan : September – November |
|
Makluman Keputusan : Disember |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tatacara Permohonan
|
|
Pemohon perlu emel dokumen lengkap berikut kepada pegawai yang bertanggungjawab di Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi): |
|
1) Borang Permohonan; |
2) Jadual Perbatuan dan Carta Gantt; |
3) CV Ketua Projek dan Penyelidik Bersama; dan |
4) Salinan abstrak/muka hadapan penerbitanbagi tempoh tiga(3) tahun. |
|
|
|
Garis Panduan Permohonan
|
|
Garis Panduan Permohonan Geran boleh dicapai DI SINI |
|
Borang Permohonan
|
|
Borang Permohonan boleh dicapai DI SINI |
|
Borang Permohonan (Khas) boleh dicapai DI SINI |
|
Borang Permohonan Bayaran Penerbitan Jurnal (GPSPE) boleh dicapai DI SINI |
|
|
|
|
Pegawai Yang Bertanggungjawab
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Updated:: 04/04/2024 [asyikeen]
MEDIA SHARING