Tentang EDIL | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» PROGRAM » KURSUS KHAS » Tentang EDIL

Tentang EDIL

Ditubuhkan pada tahun 2013, Unit Pembangunan Eksekutif dan Jaringan Industri (EDIL), adalah sebuah unit di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia. Unit ini berfungsi dengan menggerakkan dan memanfaatkan kepakaran pensyarah-pensyarah fakulti yang terdiri daripada kira-kira 100 orang pakar, terutamanya dalam bidang Pengurusan, Pemasaran, Ekonomi, Perakaunan dan Kewangan. Kejayaan unit ini adalah didorong oleh sikap tanggungjawab serta komitmen yang diberikan oleh kesemua pensyarah yang terlibat di dalam Program Pembangunan Eksekutif dengan melibatkan diri secara bertanggungjawab, melaksanakan dengan cemerlang, menggunakan pendekatan inovatif dan mencari peluang baru untuk berkembang secara maju. Fokus kami adalah untuk memenuhi keperluan rakyat dan membangunkan mereka melalui Program Pembangunan Eksekutif serta menjalinkan hubungan yang kukuh dengan industri dalam pelbagai bentuk yang berpotensi.

 

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: Unit Pembangunan Eksekutif dan Jaringan Industri (EDIL)
  Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pendanaan, Jaringan Korporat dan Komuniti)
  Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE)
  Universiti Putra Malaysia
  43400 UPM Serdang
   
  edil_fep@upm.edu.my


 

Kemaskini:: 20/01/2022 [nurzatul]

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXETWAT~