PROGRAM EKSEKUTIF | FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

» PROGRAM EKSEKUTIF

PROGRAM EKSEKUTIF

LATAR BELAKANG UNIT PROGRAM EKSEKUTIF (UPE), FEP

UPE adalah sebuah unit yang menyelaraskan penawaran menawarkan program prasiswazah secara separuh masa. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua yang merupakan seorang pegawai akademik yang dilantik oleh Dekan dan dibantu oleh Penyelaras Program yang juga dilantik oleh Dekan. Program Ijazah untuk Eksekutif mula ditawarkan sejak tahun 1997 bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan bekerja mengikuti program akademik ke peringkat lebih tinggi sejajar dengan perkembangan semasa. Maklumat lanjut mengenai program yang ditawarkan boleh di dapati di sini.

OBJEKTIF PROGRAM

Secara umum, Program Ijazah untuk Eksekutif bertujuan melengkapkan para pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kefahaman mengenai isu-isu semasa berkaitan ekonomi, pengurusan, kewangan, perakaunan dan perniagaan. Secara khusus, program ini bertujuan:

  • Melengkapkan pelajar dengan teori ekonomi fundamental sebagai asas untuk memahami isu dan permasalahan ekonomi;
  • Menyediakan pelajar dengan teori dan konsep pengurusan sebagai landasan untuk membantu dalam pembuatan keputusan perniagaan dan pengurusan;
  • Mengemaskinikan pengetahuan pelajar dengan konsep kewangan, perdagangan, perakaunan dan pemasaran yang terkini; dan
  • Menyediakan pelajar kaedah analisis yang terbaru (terutama kaedah yang menggunakan komputer) untuk membantu dalam pembuatan keputusan.

PENDEKATAN PEMBELAJARAN

Pelajar yang berpengalaman luas dalam perniagaan dan pengurusan dianggap mempunyai latarbelakang yang unik dan berharga. Pengalaman mereka, berserta pendedahan terhadap teori dan konsep ekonomi dan pengurusan, akan memberi mereka pemahaman subjek akademik yang lebih mendalam dan matang.  Maka, strategi dan kaedah pengajaran program ini lebih menekankan pada perbincangan interaktif, pembinaan kumpulan, kajian kes, latihan simulasi dan penyelesaian masalah.

Penekanan kepada proses pembelajaran akan menjurus kepada aplikasi konsep dan teori yang dikaitkan dengan pengalaman sebenar pelajar dalam perniagaan dan pengurusan. Seterusnya, gandingan khidmat nasihat daripada pensyarah dan penunjukajar yang berpengalaman akan lebih memantapkan lagi program ini.

Program pembelajaran sebegini akan dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dan pemahaman para pelajar dalam menangani cabaran globalisasi dan perubahan perniagaan dan pengurusan dengan lebih bijak, sistematik dan profesional untuk manfaat diri, masyarakat dan negara. Sila rujuk syarat kemasukan di sini.

Sila klik di sini untuk membuat permohonan 

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Unit Program Eksekutif
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 9769 7779  ; Fax: 03 8656 6175
E-mail: econ_exec@upm.edu.my 

 

B1566453456