|
|
|
|
|
|
Geran Penyelidikan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (GPSPE) merupakan geran bantuan khas Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) diberikan kepada pegawai akademik (pensyarah/pegawai penyelidik) yang layak sebagai inisiatif menggalakkan penyelidikan bagi tujuan mencapai indeks Pencapaian Utama (KPI) yang ditetapkan oleh pihak Universiti.
|
|
|
|
|
Bidang
|
|
|
- Pentadbiran Perniagaan
- Keusahawanan, Hospitaliti & Pelancongan
- Ekonomi dan Ekonomi Perniagaan
- Perakaunan dan Kewangan
- Polisi dan Undang-Undang
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelayakan Pemohon
|
|
|
-
Ketua Penyelidik mestilah pegawai akademik (pensyarah/pegawai penyelidik) Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM yang berjawatan tetap atau kontrak. Tutor tidak layak memohon sehingga dilantik ke jawatan sebagai pensyarah;
-
Pegawai akademik yang bercuti belajar dan cuti sabatikal (luar dan dalam negara yang melebihi tempoh 6 bulan) tidak dibenarkan membuat permohonan, tetapi boleh menjadi ahli dalam kumpulan penyelidikan tersebut;
-
Pegawai akademik bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama di kalangan pegawai akademik warganegara Malaysia dan berjawatan tetap;
-
Pemohon yang tempoh perkhidmatan kurang daripada satu (1) tahun dimestikan mempunyai penyelidik bersama di kalangan pegawai akademik warganegara Malaysia dan berjawatan tetap;
-
Pemohon hanya dibenarkan mengetuai satu (1) projek sahaja dan hanya satu (1) permohonan projek akan diperakukan untuk geran ini;
|
|
Nilai Geran
|
|
|
- Minimum RM5,000 dan Maksimum RM20,000
|
|
Fasa Permohonan 
|
|
|
Fasa 1 |
|
|
Tarikh Permohonan : 1 - 30 Januari |
|
Nota: Selepas tarikh ini permohonan akan diletakkan di bawah kategori permohonan fasa 2 |
|
Proses Permohonan : Februari – Mac |
|
Makluman Keputusan : April |
|
|
|
|
Fasa 2 |
|
|
Tarikh Permohonan : 1 - 30 Mei |
|
Nota: Selepas tarikh ini permohonan akan diletakkan di bawah kategori permohonan fasa 3 |
|
Proses Permohonan : Jun – Julai |
|
Makluman Keputusan : Ogos |
|
|
|
|
Fasa 3 |
|
|
Tarikh Permohonan : 1 - 30 September |
|
Nota: Selepas tarikh ini permohonan akan diletakkan di bawah kategori permohonan fasa 3 |
|
Proses Permohonan : Oktober - November |
|
Makluman Keputusan : Disember |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kaedah Permohonan 
|
|
|
Borang permohonan Geran Penyelidikan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (GPSPE) yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pendanaan, Jaringan Korporat dan Komuniti). |
|
Garis Panduan Permohonan Geran boleh dicapai DI SINI |
|
Borang permohonan boleh dicapai DI SINI |
|
Borang permohonan (khas) boleh dicapai DI SINI |
|
|
Maklumat Lanjut
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Updated:: 20/07/2022 [syazmer]
MEDIA SHARING