UPM Tangga Ke-66 Universiti Terbaik Asia Dalam Penarafan QS | UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
» NEWS » UPM Tangga ke-66 Universiti Terbaik Asia dalam Penarafan QS

UPM Tangga ke-66 Universiti Terbaik Asia dalam Penarafan QS

SERDANG, 10 Jun  - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah disenaraikan dalam kedudukan 100 terbaik universiti di Asia selama tujuh tahun berturut-turut dalam penarafan QS Asia University Ranking (AUR) 2015 yang baru diumumkan semalam.

Dengan ranking ke-66 di Asia, UPM telah meningkatkan prestasinya sebanyak 10 tangga pada 2015 berbanding dengan ranking ke-76 pada 2014.

Peningkatan prestasi tersebut telah meletakkan UPM sebagai salah sebuah universiti terbaik dalam kalangan lima Universiti Penyelidikan di Malaysia dan berjaya berada dalam kelompok sepuluh buah unversiti terbaik di Asia Tenggara.

Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan merakamkan ucapan tahniah kepada semua staf dan pelajar yang telah menyokong kejayaan UPM dalam meningkatkan prestasi institusi pada peringkat Asia dan mengharapkan komitmen yang berterusan untuk menyerlahkan profil UPM dalam kalangan institusi antarabangsa.

“Kenaikan 10 tangga adalah sesuatu prestasi yang membanggakan untuk UPM kerana persaingan dan prestasi agak memberangsangkan dari institusi serantau.

“Perkara yang lebih penting untuk UPM adalah terus meningkatkan prestasi untuk memperkukuhkan kerjasama strategik dengan industri, kerajaan dan alumni termasuk institusi antarabangsa dalam meningkatkan kecemerlangan inisiatif pengantarabangsaan dan sekali gus meningkatkan sumbangan untuk agenda Malaysia dan menerjah persaingan global,” katanya.

Tambah Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi, prestasi UPM meningkat untuk lapan dari sembilan indikator yang dinilai penarafan QS Asia University Ranking 2015 dan skor keseluruhan UPM meningkat sebanyak 6.2 kepada 63.4 berbanding dengan 57.2 pada 2014, iaitu peningkatan tertinggi antara Universiti Penyelidikan di Malaysia.

Dalam ranking tersebut, UPM berada pada kedudukan ke-51 di Asia untuk Academic Reputation, 80 Employer Reputation, 19 International Faculty, 12 bagi International Students, 68 Inbound dan kedudukan ke- 62 untuk Outbound Exchange Students. Maklumat lanjut keputusan QS Asia University Ranking 2015 boleh didapati melalui https://www.topuniversities.com/.

 

 

Date of Input: | Updated: 27/06/2022 | syazmer

MEDIA SHARING

UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXERDAV~