Program Ihya Ramadan Dan Pelancaran Kutipan Dana Naik Taraf Surau | UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
» NEWS » Program Ihya Ramadan dan Pelancaran Kutipan Dana Naik Taraf Surau

Program Ihya Ramadan dan Pelancaran Kutipan Dana Naik Taraf Surau

Mengambil keberkatan ramadan, Kelab Rekreasi dan Kebajikan (KARIB) SPE telah mengadakan Program Ihya Ramadan dan Pelancaran Kutipan Dana Naik Taraf Surau pada 31 Mac 2022 bertempat di Dewan Philip Kotler.
Majlis turut menjemput Prof. Madya Dr. Mohd Sukki Bin Othman untuk menyampaikan tazkirah ramadan sebelum melancarkan tabung kutipan dana naik taraf surau SPE.
SPE telah menerima sumbangan dana surau daripada pihak QSR Brands (M) Holding Sdn Bhd yang berjumlah RM7000.00 bagi tujuan menaiktaraf surau tersebut.
Cek contoh sumbangan telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings Berhad, Encik Hayazi Darus kepada Pengerusi KARIB Prof. Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed.
Dalam majlis tersebut juga turut diagihkan sumbangan kurma kepada semua warga SPE yang hadir. 

Date of Input: 15/04/2022 | Updated: 15/04/2022 | syazmer

MEDIA SHARING

UPM SCHOOL OF BUSINESS AND ECONOMICS
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
CVGeJAy:09:28