LATIHAN EKSEKUTIF | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM

» LATIHAN EKSEKUTIF

LATIHAN EKSEKUTIF

Ditubuhkan pada tahun 2013, Unit Pembangunan Eksekutif dan Jaringan Industri (EDIL), adalah sebuah unit di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia. Unit ini berfungsi dengan menggerakkan dan memanfaatkan kepakaran pensyarah-pensyarah fakulti yang terdiri daripada kira-kira 100 orang pakar, terutamanya dalam bidang Pengurusan, Pemasaran, Ekonomi, Perakaunan dan Kewangan. Kejayaan unit ini adalah didorong oleh sikap tanggungjawab serta komitmen yang diberikan oleh kesemua pensyarah yang terlibat di dalam Program Pembangunan Eksekutif dengan melibatkan diri secara bertanggungjawab, melaksanakan dengan cemerlang, menggunakan pendekatan inovatif dan mencari peluang baru untuk berkembang secara maju. Fokus kami adalah untuk memenuhi keperluan rakyat dan membangunkan mereka melalui Program Pembangunan Eksekutif serta menjalinkan hubungan yang kukuh dengan industri dalam pelbagai bentuk yang berpotensi. Kami menawarkan perkhidmatan seperti program pembangunan eksekutif, konsultasi,  luar, penulisan kes, pengurusan acara dan penganjuran bersama.

Program-program yang dilaksanakan sepanjang tahun 2019:

                            

Program: Data Analysis by using ACL Solution 

Tarikh: 2,3 dan 4 Julai 2019

     

Program: The Frontiers Practice in Research

Design and Data by Prof Geoff Soutar 

Tarikh: 22 dan 23 Julai 2019

 
                 
 .       .                   
                           
 Untuk pendaftaran sila rujuk di sini       Untuk pendaftaran sila rujuk di sini                  
                           
                           
                           

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

 

Unit Pembangunan Eksekutif dan Jaringan Industri (EDIL)

Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pendanaan, Jaringan Korporat dan Komuniti)

Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE)

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03 9769 7660 (Puan Nurzatul Hakimah Mahmud Mahayudin)

E-mel: edil_fep@upm.edu.my

B1606562170