WAZAN LANCARKAN BANTUAN KHAS TUNAI #COVID-19 KEPADA SELURUH STAF UPM | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» BERITA » WAZAN LANCARKAN BANTUAN KHAS TUNAI #COVID-19 KEPADA SELURUH STAF UPM

WAZAN LANCARKAN BANTUAN KHAS TUNAI #COVID-19 KEPADA SELURUH STAF UPM

UPM Serdang, 15 April - Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen telah melancarkan Bantuan Khas Tunai #COVID-19 kepada seluruh staf di UPM Serdang mahupun di Bintulu.

 

Bantuan ini adalah susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac 2020 yang lalu.

 

Bantuan ini melibatkan peruntukkan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Universiti iaitu sebanyak RM100,000.00 secara keseluruhan.

 

Sebanyak RM70,000 keseluruhan peruntukkan adalah untuk diagihkan kepada staf beragama Islam yang menggunakan tabung Zakat. Manakala sebanyak RM30,000 keseluruhan peruntukkan adalah untuk diagihkan kepada staf bukan Islam.

 

Tarikh Input: 15/04/2020 | Kemaskini: 10/06/2020 | nuruliman

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXDdEA7~