PEMENANG KEJOHANAN SUKAN KUDA LASAK PIALA TUANKU CANSELOR UPM 2022 | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» BERITA » PEMENANG KEJOHANAN SUKAN KUDA LASAK PIALA TUANKU CANSELOR UPM 2022

PEMENANG KEJOHANAN SUKAN KUDA LASAK PIALA TUANKU CANSELOR UPM 2022

7 Ogos 2022 - Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menghadiri Majlis Penutup sempena Kejohanan Sukan Kuda Lasak Piala Tuanku Canselor UPM 2022 pada hari ini di Dewan Fakulti Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM.

YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan berkata penganjuran pertandingan sukan kuda lasak adalah sejajar dengan hasrat universiti untuk sentiasa utuh sebagai barisan hadapan dalam pelbagai bidang melalui penyelidikan, pengajaran dan tidak terkecuali dalam bidang sukan.
Tambah beliau, trek sukan lasak UPM akan dimasukkan sebagai salah satu trek sukan kuda lasak di peringkat antarabangsa iaitu di bawah Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa (FEI), yang terletak di Lembah Kelang selain di Terengganu.
Turut hadir,Pengerusi LPU, YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato' Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail; Pengarah Pusat Pertanian Putra, UPM, Prof. Madya Dr. Siti Zaharah Hj. Sakimin; Pengarah Akademi Sukan, UPM dan Presiden Kelab Ekuesterian Best (BEST), Kamarul Azam Daud.
Selain itu, pelajar Bacelor Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM, Nur Qasrina Amani Zakaria menjuarai dalam Kejohanan Kuda Lasak Championship Endurance National (CEN) Piala Tuanku Canselor UPM 2022 dalam acara CEN80 KM.
 

Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 03/10/2022 | aishah.yusoff

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXDdPAJ~