LAWATAN KERJA SPE UPM KE BILIK GERAKAN MOSTI | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» BERITA » LAWATAN KERJA SPE UPM KE BILIK GERAKAN MOSTI

LAWATAN KERJA SPE UPM KE BILIK GERAKAN MOSTI

Putrajaya, 22 Julai 2022 - YBhg. Dekan bersama Ahli Pengurusan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) telah mengadakan satu sesi pertemuan dan perbincangan bersama Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YB Dato' Sri Dr. Adham Baba di Bilik Gerakan, MOSTI. Turut hadir dalam sesi pertemuan ini adalah Mohd Khairul Izzad Mohammed Shamsudin, Ketua Pegawai Kewangan, QSR Brands dan Encik Helmi dari Agri Solution. Lawatan ini susulan daripada perbincangan awal yang telah diadakan antara YB Menteri dan Profesor Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mahomed berhubung perancangan jangka panjang bagi berkongsi kepakaran SPE dalam menangani isu yang kian meruncing antaranya inisiatif sekuriti makanan, strategi pemasaran melalui Model Perniagaan, cadangan penyelesaian permasalahan terutamanya melibatkan persatuan-persatuan penternak, peladang dan petani serta syarikat-syarikat teknologi.

 

Dalam sesi pertemuan ini, barisan pengurusan SPE, Mohd Khairul Izzad serta Encik Helmi juga turut dibawa melawat ke Bilik Gerakan Penyelesaian Teknologi MOSTI atau juga dipanggil War RoomWar Room ini berperanan untuk menyokong hasrat kerajaan bagi menangani isu bekalan makanan dengan menggunakan teknologi yang boleh diguna pakai oleh para penternak, peladang dan petani bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

 

Impak daripada perjumpaan dan lawatan ini juga akan disusuli dengan beberapa inisiatif dan kerjasama yang akan dilaksanakan oleh SPE, MOSTI dan pihak industri bagi memastikan agar isu berkaitan dengan masalah rakyat yang dihadapi pada ketika ini khususnya melibatkan bekalan makanan dapat diselesaikan.

Tarikh Input: 26/07/2022 | Kemaskini: 26/07/2022 | aishah.yusoff

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXESNAe~