Kunjungan Hormat Dekan SPE Ke Talent Corporation Malaysia Berhad. | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» BERITA » Kunjungan hormat Dekan SPE ke Talent Corporation Malaysia Berhad.

Kunjungan hormat Dekan SPE ke Talent Corporation Malaysia Berhad.

 
 
Kunjungan hormat Dekan SPE ke Talent Corporation Malaysia Berhad.
 
Kunjungan hormat YBhg. Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi ke Talent Corporation Malaysia Berhad pagi ini bagi membincangkan kolaborasi jangka panjang untuk memperkasakan pelan strategik kebolehpasaran di kalangan pelajar SPE.
Manakala wakil dari #TalentCorpMsia diketuai oleh Encik Megat Fazrul Azlin Megat Abd Aziz bersama-sama pasukan beliau Encik Ardi Gunsuh, Cik Nadiah Zakie dan Encik Afiq Rosman.
YBhg Dekan bersama-sama barisan penyelaras latihan industri Puan Norazlina Kamarohim, Dr Aslam, Dr Suryati Ishak serta Encik Neelamehan turut membincangkan inisiatif-inisiatif yang sesuai bagi memberikan peluang kepada pelajar SPE meneroka pengalaman bersama industri yang berimpak tinggi.
Kunjungan hormat yang diselaraskan di bawah Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pendanaan, Jaringan Korporat dan Komuniti) ini juga turut melihat potensi-potensi untuk jaringan yang berimpak tinggi terutamanya dalam penawaran sijil profesional.
Kolaborasi ini akan memberikan manfaat kepada pelajar SPE melalui pelbagai program antaranya #mynextstudent, Young Employable Students (YES) dan juga MyASEAN Internship.

Tarikh Input: 18/03/2022 | Kemaskini: 18/03/2022 | syazmer

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXEUDAo~