KUALA LUMPUR SUMMER BUSINESS PROGRAM@UPM MENEROKA ASPEK KEPIMPINAN DALAM KEUSAHAWANAN | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» BERITA » KUALA LUMPUR SUMMER BUSINESS PROGRAM@UPM MENEROKA ASPEK KEPIMPINAN DALAM KEUSAHAWANAN

KUALA LUMPUR SUMMER BUSINESS PROGRAM@UPM MENEROKA ASPEK KEPIMPINAN DALAM KEUSAHAWANAN

Disediakan oleh Nurzatul Hakimah Mahmud Mahayudin

 .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Serdang, 10 Ogos – Seramai enam orang pelajar antarabangsa dari Indonesia berjaya menamatkan 14 hari Kuala Lumpur Summer Business Program@UPM (KLSBP) bermula 28 Julai sehingga 10 Ogos 2019. Program anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan melibatkan melibatkan pelajar dari Universiti Pakuan, Universiti Sebelas Maret, Kayali Kampusu, Merkez Turki dan Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Kesatuan Indonesia. Peserta terdiri daripada Cik Fanny Fidelia, Cik Fitri Ariani, Cik Haya Alvinesha Puspitadindha, Cik Ria Mega Triana, Cik Jessica Shally Anisa dan Puan Siti Nuraida. Program dimulakan dengan sesi taklimat dengan peserta pada hari pertama oleh Dr. Nazrul Hisyam Ab Razak dan kemudian perjumpaan bersama dengan Dekan dan seterusnya sesi suai kenal bersama semua staf Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

Sepanjang berada di UPM pelajar didedahkan dengan pelbagai pengalaman dan ilmu yang selari dengan matlamat program untuk mengenali dan meneroka peluang serta pembelajaran dalam selok belok perniagaan serta keusahawanan. Antara pengisian yang diterapkan adalah lawatan ke Les Copaque Sdn Bhd bagi berkongsi pengalaman dengan peserta dari segi teknikal dan juga penjenamaan serta pemasaran jenama Upin dan Ipin ke peringkat antarabangsa.

Peserta juga dibawa melawat ke Pejabat Pertanian Daerah Seremban bagi meneroka dan berkongsi ilmu pertanian dan keusahawanan yang mana sesi taklimat disampaikan oleh Timbalan Pengarah Puan Umairah Abu Kasim dan dibantu oleh Pegawai Pertanian, Encik Ahmad Soki Anian. Turut hadir menyantuni peserta Pengarah Pejabat Pertanian Daerah Seremban Encik Hisham Yacob dan staf Pejabat Pertanian Daerah Seremban. Peserta kemudiannya dibawa berkunjung ke perusahaan kecil sederhana iaitu SNH Bumi Enterprise yang menghasilkan produk keluaran daripada hasil tanaman soya serta Sky Farm Cameron Highland yang diusahakan oleh Alumni UPM.

Program itu juga diselitkan dengan aktiviti rekreasi di SISFEC UPM, Edupark Tour UPM dan Pusat Konservasi Kuala Gandah, Pahang. Antara lokasi-lokasi yang popular yang turut dikunjungi oleh peserta adalah seperti Genting Highland, Kuala Lumpur City Centre, Muzium Bank Negara, Pusat Kraftangan Negara dan Pustaka Peringatan P.Ramlee. Sempena bulan kemerdekaan, peserta dibawa ke Dataran Merdeka, Tugu Negara dan juga Muzium Negara.

“Kami sangat menghargai komitmen ini dan diharapkan agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang” menurut Pegawai PR & International Cooperation Division, Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi dan Kesatuan Encik Bambang Hengky Rainanto.

 

Kuala Lumpur Summer Business Program@UPM (KLSBP) ini bukan sahaja dilihat sebagai program yang memberikan pendedahan dari aspek pembelajaran dan teori kelas perniagaan serta keusahawanan malah memberikan satu pengalaman pembelajaran terus kepada aspek keusahawanan itu sendiri iaitu bermulanya dengan penghasilan produk kecil-kecilan sehingga ke proses penjenamaan sesuatu produk dan seterusnya pemasaran perniagaan

Tarikh Input: 26/08/2019 | Kemaskini: 15/03/2022 | syazmer

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXDdAAF~