Bacelor Perakaunan UPM Dapat Pengiktirafan Antarabangsa ACCA | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» BERITA » Bacelor Perakaunan UPM dapat pengiktirafan antarabangsa ACCA

Bacelor Perakaunan UPM dapat pengiktirafan antarabangsa ACCA

LONDON, 3 Jun - The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) UK telah menyambung pengecualian akreditasi bagi Program Bacelor Perakaunan  Universiti Putra Malaysia (UPM) selama lima tahun lagi bermula 1 Januari 2021 hingga 2025.

Pengiktirafan ini bermakna graduan Bacelor Perakaunan UPM hanya perlu menduduki peperiksaan untuk empat daripada 13 kertas ACCA yang ditawarkan bermula daripada tahun tiga pengajian atau selepas menamatkan Program Bacelor Perakaunan di UPM untuk menjadi ACCA Affiliated Member.

Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) UPM, Prof. Dr. Azali Mohamed berkata pengecualian akreditasi ini merupakan tempoh maksima yang telah diterima daripada ACCA UK sejak daripada kohort graduan Bacelor Perakaunan tahun 2005 lagi.

“Saya yakin dengan pencapaian ini, program Bacelor Perakaunan kami akan terus melahirkan graduan dan pakar dalam bidang perakaunan terutama dalam mendepani pasca Covid 19 ini nanti,” katanya.

SPE yang dahulunya dikenali sebagai Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) menawarkan tiga program ijazah bacelor iaitu Bacelor Perakaunan, Bacelor Ekonomi dan Bacelor Pentadbiran Perniagaan. Program yang ditawarkan terdiri sama ada program sepenuh masa dan juga program eksekutif.

SPE juga terus mengukir kecemerlangan dengan pengekalan akreditasi bertaraf antarabangsa iaitu The Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) sejak tahun 2012 bagi tiga program akademik prasiswazah serta pasca siswazah.

Program pasca siswazah SPE kini terdiri daripada 4 program Master Secara Kerja Kursus iaitu Master Kewangan, Master Ekonomi, Master Keusahawanan dan Master Pentadbiran Perniagaan (bermula Oktober 2020) serta Master Sains dan Doktor Falsafah yang merangkumi 11 bidang kepakaran. - UPM

 

Tarikh Input: 28/07/2020 | Kemaskini: 28/07/2020 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXEUEAC~