Program Pengembangan Keusahawanan Komuniti Di Kabupaten Bogor, Provinsi Jawa Barat, Indonesia. | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» ARTIKEL » Program Pengembangan Keusahawanan Komuniti di Kabupaten Bogor, Provinsi Jawa Barat, Indonesia.

Program Pengembangan Keusahawanan Komuniti di Kabupaten Bogor, Provinsi Jawa Barat, Indonesia.

Program Pengembangan Keusahawanan Komuniti di Kabupaten Bogor, Provinsi Jawa Barat, Indonesia. 

Program Pengembangan Keusahawanan Komuniti merupakan program jaringan komuniti (Kluster Komuniti Setempat) yang telah diadakan di kawasan pinggir Kabupaten Bogor, Provinsi Jawa Barat, Indonesia. Program jaringan komuniti ini merupakan program kerjasama antara Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Universiti Putra Malaysia (Dinas Pemberdayaan Masyarakat dan Desa) Kabupaten Bogor dan Fakultas Ekonomi Universitas Pakuan, Indonesia. Program ini merupakan salah satu daripada usaha murni FEP untuk memenuhi hasrat Universiti Putra Malaysia untuk memberi sumbangan bermakna ke arah pembangunan lestari komuniti setempat dan keterlibatan universiti di peringkat antarabangsa. Program ini telah diadakan selama lima hari bermula dari 22 Julai 2019 sehingga 26 Julai 2019. Peserta program adalah terdiri daripada 30 orang pengusaha desa di sekitar daerah Bogor, Indonesia. Objektif program adalah bertujuan untuk memindahkan ilmu berkenaan pembungkusan produk dan membangunkan bakat keusahawanan melalui rekabentuk pembungkusan produk. Impak hasil daripada program ini adalah meluaskan visibiliti produk dalam pasaran di kalangan komuniti setempat, meningkatkan hasil jualan produk serta meningkatkan keyakinan untuk meneruskan perniagaan.

 

                                   

Gambar 1 Sesi perkongsian ilmu pembungkusan oleh Dr. Rosmah Mohamed                                   

 Gambar 2 Sesi Pre Test bersama peserta

 

Gambar 3 Bergambar bersama komuniti yang terlibat

 

Gambar 4 Gambar bersama Pengusaha dan Pegawai Pemerintah di    

 Kantor Kecamatan Ciomas, Bogor

 

Gambar 5 Lawatan ke tempat pengusaha desa (kasut wanita) di Desa Sukamakmor

Gambar 6 Gambar bersama pengusaha desa (kasut tentera) di Desa Sukamakmor

 

 

Tarikh Input: 18/09/2019 | Kemaskini: 28/03/2022 | syazmer

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXEUTAy~