FEP Kearah Mendapatkan Akreditasi EQUIS | FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
» ARTIKEL » FEP Kearah Mendapatkan Akreditasi EQUIS

FEP Kearah Mendapatkan Akreditasi EQUIS

FEP KEARAH MENDAPATKAN AKREDITASI EQUIS.


European Quality Improvement System (EQUIS) merupakan akreditasi yang diberikan oleh European Federation of Management Development (EFMD) kepada sekolah perniagaan. Langkah untuk mendapatkan akreditasi EQUIS adalah sama seperti AACSB. Tempoh masa yang diperlukan adalah lebih singkat iaitu hanya dua (2) tahun. Terdapat 10 kriteria yang perlu dipenuhi bagi mendapatkan akreditasi tersebut.

Akreditasi EQUIS dicadangkan berdasarkan justifikasi berikut:

  1. Pihak Unit Akreditasi masih dalam momentum terbaik untuk meneruskan usaha ke arah mendapatkan akreditasi EQUIS setelah berjaya mendapatkan akreditasi semula AACSB.
  2. Kriteria yang ditekankan oleh EQUIS adalah pengantarabangsaan dan jaringan korporat.
  3. Memperkukuhkan perakuan oleh pihak antarabangsa terhadap kualiti sekolah perniagaan di UPM.
  4. Meningkatkan aspek pengantarabangsaan selaras dengan visi UPM.

Maklumat lanjut mengenai akreditasi sila hubungi unit akreditasi

Tarikh Input: 31/10/2018 | Kemaskini: 31/10/2018 | nurzatul

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697600
0389486188
B1566453237