Bengkel Training Of Trainers (TOT) MGM3180 | FACULTY OF ECONOMICS AND MANAGEMENT
» ARTICLE » Bengkel "Training of Trainers" (TOT) MGM3180

Bengkel "Training of Trainers" (TOT) MGM3180

Jabatan Pengurusan dan Pemasaran, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM telah mengadakan Bengkel "Training of Trainers" (TOT) MGM3180 bagi tenaga pengajar kursus MGM3180 Asas Keusahawanan. Seramai 16 tenaga pengajar daripada kalangan pensyarah fakulti dan luar fakulti telah terlibat. Bengkel ini merupakan latihan tahunan bagi semua tenaga pensyarah kursus asas keusahawan yang merupakan kursus umum universiti.  Latihan ini bertujuan memantapkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kursus tersebut dengan aplikasi dan aktiviti kreatif dan inovasi dalam menguruskan perniagaan dan membentuk pemikiran keusahawanan. Pengenalan kepada pemasaran digital dan beberapa aplikasi pemasaran media sosial diketengahkan pada TOT kali ini. Di akhir latihan, semua pensyarah terlibat telah dapat meningkatkan pengetahuan dan diharap dapat mengaplikasikan kaedah kreatif dalam penyampaian dan pelaksanaan kursus tersebut bagi manfaat semua pelajar.

Date of Input: 23/09/2019 | Updated: 23/09/2019 | nurzatul

MEDIA SHARING

FACULTY OF ECONOMICS AND MANAGEMENT
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697600
0389486188
C1575656344