Doktor Falsafah (Ph.D) | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» AKADEMIK » SISWAZAH » Doktor Falsafah (Ph.D)

Doktor Falsafah (Ph.D)

 
Doktor Falsafah (Ph.D)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

DOKTOR FALSAFAH (PH.D)

 

Latar belakang:

 

Program Doktor Falsafah (Ph.D) bermatlamat untuk menghasilkan sarjana yang akan menerajui bidang penyelidikan masing-masing. Terdapat sebelas (11) bidang yang ditawarkan di FEP iaitu:

  1. Ekonomi
  2. Ekonomi Perniagaan
  3. Pelancongan
  4. Hospitaliti
  5. Pengurusan
  6. Pemasaran
  7. Pengurusan Sumber Manusia
  8. Kewangan
  9. Perakaunan
  10. Kepemimpinan Korporat
  11. Undang-undang Perniagaan

 

Calon yang mengikuti program ini harus mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang mereka atau bidang yang berkaitan. Graduan dari program ini boleh diambil bekerja dalam akademia, institusi penyelidikan atau agensi awam dan swasta.

 

Pemohon dikehendaki menyediakan proposal penyelidikan yang ingin dijalankan bagi memastikan bidang penyelidikan mereka bersesuaian dengan kepakaran ahli fakulti. Setiap pelajar akan diberikan penasihat akademik sekiranya pelajar tersebut berjaya diterima masuk, di mana penasihat akademik inilah yang akan membimbing pelajar sepanjang pengajian.


Struktur Kokurikulum

 
  • Program Ph.D terdiri daripada kerja kursus, seminar, peperiksaan komprehensif (CE), tesis dan viva voce (peperiksaan tesis).
  • Calon dikehendaki melengkapkan 9 jam kredit kerja kursus yang terdiri daripada kursus wajib iaitu kaedah penyelidikan (3 jam kredit) dan kursus elektif (6 jam kredit).
  • Calon dikehendaki mendaftar kursus seminar (1 kredit) yang ditawarkan setiap semester.
  • Calon mesti lulus CE sebelum memulakan penyelidikan.
  • Calon mesti hadir dan lulus viva voce (peperiksaan tesis).
  • Maklumat lanjut mengenai senarai kursus rujuk di sini
 

Syarat kemasukan

 

Calon hendaklah mempunyai:

  • Ijazah Master secara penyelidikan dalam bidang berkaitan dengan bidang PhD yang dipohon; atau
  • Ijazah Master secara kursus dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 3.000; atau
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 3.75 atau setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
     
Syarat Bahasa Inggeris
 

Untuk calon antarabangsa sahaja:

  • Band 6.0 untuk IELTS (Versi Akademik); atau
  • Skor 79-80 untuk TOEFL (Berasaskan Internet); atau
  • Band 4 untuk MUET; atau
  • Skor 50 untuk PTE Akademik; atau
  • Skor 109 untuk CIEP di ELS Language Centre, UPM

Nota : Tempoh sah laku kelayakan Bahasa Inggeris tidak boleh melebihi lima tahun.

     
 Pengambilan  

September (Semester Pertama)

Februari (Semester kedua)

     
Kerjaya
 

Penyelidik, Pensyarah, Konsultan

     

Pengiktirafan Program

 

Akreditasi AACSB

     
Brosur:   Untuk melihat brosur program, KLIK DI SINI 
     
Yuran dan bantuan kewangan  

 Bayaran asas yang dikenakan adalah;

      Semester 1     Semester 2 – 4     Semester 5 - 6     Semester 7 dan seterusnya     Kos Pengajian Max 4 Tahun      Kos Pengajian Max 5 Tahun 

Pelajar tempatan

   

RM2,512.50

    RM2,262.50        RM1,700.00     RM2,700.00     RM18,100.00      RM23,500.00 
Pelajar antarabangsa    

RM5,862.50

   

RM4,112.50

   

RM3,550.00

    RM3,900.00     RM33,100.00      RM40,900.00 

 

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK DI SINI 

     

Penyelaras program: 

 
PhD (Ekonomi dan Ekonomi Perniagaan):    

PhD (Keusahawanan, Hospitaliti dan Pelancongan):

Nama: Dr. Nor Yasmin Mhd Bani     Nama: Prof Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed
Pejabat: +603 - 9769 7248     Pejabat: +603- 9769 7643
Emel:nor_yasmin@upm.edu.my     Emel: anuar@upm.edu.my

PhD (Perakaunan dan Kewangan):     PhD (Pengajian Perniagaan):
Nama: Prof Madya Dr Ahmad Fahmi Sheikh Hassan     Nama: Prof Madya Dr Raja Nerina Raja Yusof
Pejabat: +603 - 9769 7270     Pejabat: +603-9769 7663
Emel: ahmadfahmi@upm.edu.my     Emel: nerina@upm.edu.my
  
     
     
     


         

Untuk MEMOHON, sila klik di sini 

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah dan Antarabangsa)

  Sekolah Perniagaan dan Ekonomi
  Universiti Putra Malaysia
  +603- 9769 7609/7722/7744
  spe@upm.edu.my


 

Kemaskini:: 11/10/2020

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
0397696188
B1606571305