Master Secara Penyelidikan | FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
» AKADEMIK » PASCA SISWAZAH » Master secara Penyelidikan

Master secara Penyelidikan

Master Sains
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

MASTER SAINS

 

Latar belakang:

 

Ijazah Sarjana Sains merupakan program siswazah dengan penyelidikan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Terdapat sebelas (11) bidang yang ditawarkan dalam program Master Sains (MSc) di FEP iaitu:

  1. Ekonomi
  2. Ekonomi Perniagaan
  3. Hospitaliti
  4. Pelancongan
  5. Pengurusan
  6. Pemasaran
  7. Pengurusan Sumber Manusia
  8. Kewangan 
  9. Perakaunan
  10. Kepemimpinan Korporat
  11. Undang-undang Perniagaan

 

Calon dikehendaki mendaftar beberapa kursus dan menjalankan penyelidikan. Pelajar yang mengikuti Program MSc boleh melengkapkan program minimum satu tahun dan maksimum tiga tahun.

Pemohon dikehendaki menyediakan proposal penyelidikan yang ingin dijalankan bagi memastikan bidang penyelidikan mereka bersesuaian dengan kepakaran ahli fakulti. Setiap pelajar akan diberikan penasihat akademik sekiranya pelajar tersebut berjaya diterima melanjutkan pelajaran di UPM, di mana penasihat akademik inilah yang akan membimbing pelajar sepanjang pengajian.

 

Struktur Kokurikulum

 
  • Program MSc terdiri daripada kerja kursus, seminar, tesis dan viva voce (peperiksaan tesis).
  • Pelajar dikehendaki melengkapkan 6 jam kredit kursus yang terdiri daripada kursus wajib iaitu Kaedah Penyelidikan (3 kredit) dan kursus elektif (3 kredit).
  • Pelajar dikehendaki mendaftar kursus seminar (1 kredit) yang ditawarkan setiap semester.
  • Pelajar mesti hadir dan lulus viva voce
  • Maklumat lanjut mengenai senarai kursus rujuk di sini
 

Syarat kemasukan

 

Calon perlu mempunyai:

  • Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 3.00 pada skala 4.00 daripada institusi yang diiktiraf oleh UPM atau;
  • Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 2 tahun jika CGPA kurang daripada 3.00 atau;
  • Pengalaman kerja selama 5 tahun atau lebih jika CGPA kurang daripada 2.50
     
Syarat Bahasa Inggeris
 

Bagi Calon antarabangsa sahaja:

  • 550 bagi TOEFL; atau
  • Band 6.0 bagi IELTS; atau
  • Tahap 109 bagi CIEP
     
Kerjaya
 

Penyelidik, Pensyarah

     

Pengiktirafan Program

 

Akreditasi AACSB

     
Brosur:   Untuk melihat brosur program, KLIK DI SINI 
     
Yuran dan bantuan kewangan  

Bayaran asas yang dikenakan adalah;

      Semester 1     Semester 2 - 4     Semester 5 - 6     Semester 7 dan ke atas

Pelajar tempatan

   

RM1,900.00

    RM1,650.00         RM1,150.00     RM1,650.00
Pelajar antarabangsa    

RM5,750.00

   

RM3,850.00

   

RM3,350.00

    RM3,600.00

 

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK DI SINI 

     

Penyelaras program: 

 
MSc (Ekonomi):    

MSc (Pengajian Perniagaan):

Nama: Prof. Madya Dr. Norashidah Mohamed     Nama: Dr. Anuar Shah Bali Mahomed
Pejabat: 03- 89467732      Pejabat: 03- 89467643
Emel:norashidah@upm.edu.my             Emel: anuar@upm.edu.my
     


   


         

Untuk MEMOHON, sila klik di sini 

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pejabat Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah)

  Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
  Universiti Putra Malaysia
  03-89467609/7722/7744
  fep@upm.edu.my


 

Kemaskini:: 18/07/2019 [nurzatul]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697600
0389486188
B1566598449